Sunday, 4 November 2012

SPM 2012

Perhatian buat adik-adik yang bakal menjalani Peperiksaan SPM 2012, abang mengucapkan semoga kalian maju jaya. Buat yang terbaik okay. Paling penting niat adik-adik tu kena betul, lillahita'ala. Baru lah boleh dapat keberkatan dariNya. Kemudian niat buat yang terbaik untuk diri sendiri, dan ibu bapa yang tersayang. InsyaAllah, doa serta restu daripada ibu bapa juga antara faktor yang mendorong adik-adik berjaya. Ingat tuhh. Jangan over confident tau. Cukup dengan percaya pada diri sendiri sudah. Ini sebenar. Abang tahu adik-adik dah berusaha selama ni, yang tinggal cuma adik berdoa dan terus bertawakal. Tuudia, kunci kejayaan, tuudia tuudiaaaaa~

Dikesempatan ni jugak abang dengan rasa berbesar hati ingin mengucapkan SEMOGA BERJAYA kepada adinda abang yang tersayang, Nurfitrah binti Rosli yang bakal menduduki peperiksaan SPM bermula pada hari esok. Abang percaya adik boleh buat dan jawab semua soalan dengan cemerlang. Dah nama pun antara pelajar harapan guru di sekolah kan. So, adik kena buktikan. Betapa tinggi harapan yang diletakkan oleh cikgu-cikgu terhadap adik, tinggi lagi harapan kami sekeluarga. WE LOVE YOU MUCHY MUCH. Come on Nurfitrah, CHAIYOK CHAIYOKKK!

Berikut merupakan JADUAL WAKTU SPM 2012 bagi calon-calon Sains Akaun.

5 November - Isnin
8.00 - 10.15am     Bahasa Melayu (kertas 1)
2.00 - 4.30pm       Bahasa Melayu (kertas 2)

6 November - Selasa
8.00 - 9.45am       Bahasa Inggeris (kertas 1)
10.30 - 12.45pm   Bahasa Inggeris (kertas 2)

7 November - Rabu
8.00 - 9.00am       Sejarah (kertas 1)
10.00 - 12.30pm   Sejarah (kertas 2)

8 November - Khamis
8.00 - 9.15am       Matematik (kertas 1)
10.00 - 12.30pm   Matematik (kertas 2)

19 November - Isnin
8.00 - 10.00am     Pendidikan Islam (kertas 1)
11.15 - 12.55pm   Pendidikan Islam (kertas 2)

20 November - Selasa
8.00 - 10.00am     Matematik Tambahan (kertas 1)
2.00 - 4.30pm       Matematik Tambahan (kertas 2)

21 November - Rabu
8.00 - 9.15am       Fizik (kertas 1)
10.00 - 12.30pm   Fizik (kertas 2)
2.00 - 3.30pm       Fizik (kertas 3)

26 November - Isnin
8.00 - 9.15am       Kimia (kertas 1)
10.00 - 12.30pm   Kimia (kertas 2)
2.00 - 3.30pm       Kimia (kertas 3)

28 November - Rabu
11.15 - 12.30pm   Prinsip Akaun (kertas 1)
2.00 - 4.30pm       Prinsip Akaun (kertas 2)


- ALL THE BEST -