Monday, 12 November 2012

Lelaki Ego?


Assalamualaikum! Apa khabar belia-belia sekalian? Cerita dia hari ni aku nak kongsi dengan kau orang bagaimana nak tewas kan EGO lelaki! Sebenar nya mengikut kajian daripada yang pakar, memang sifat ego tu ada pada setiap lelaki. Kalau tak banyak pun, sikit tu pasti ada. Pembohong sangat lelaki tu kata kalau dia tak punya perasaan ego ni. Hehehe =) Si pakar yang dimaksudkan tu adalah aku. Tapi ini realiti, sebab nya kajian tu aku sendiri yang buat. Nak taknak, kau orang kena percaya jugak sebab aku pun lelaki. Jadi nya, aku berkongsi cerita ni khusus nya buat kaum hawa di luar sana. Kini tiba masa nya aku nak bocorkan rahsia bagaimana untuk menambat hati sang egois:


Hormati dia
Perkara yang paling utama adalah korang kena belajar menghormati si dia. Korang sendiri tahu kan yang mana kalau korang nak orang lain menghormati korang, so korang pun kenalah menghormati orang lain jugak. Betul kan? Cerita dia, tak kisahlah dari segi mana pun. Contoh nya, keputusan yang dibuat daripada si dia. Aku percaya biasa nya lelaki kalau nak buat apa-apa, pasti dia akan bertanyakan dulu pada cinta hati dia untuk buat keputusan ke, bertanyakan pendapat ke atau apa-apa jelah sebab dia kalau boleh nak beri yang terbaik buat pasangan nya. Okay, ini antara satu rahsia besar perempuan kena tahu dan korang kena hargai tindakan si dia tu. Apa yang di buat itu ikhlas okay! Tapi bila sekali korang dah kata "tak kisahlah" "mana-mana pun boleh" "up to you" then PLEASE jangan nak pertikaikan lagi kalau si dia pulak yang buat kata putus! Faham? Sebab apa? Sebab nya korang sedar tak sebenar nya secara tak langsung si dia dah menjatuhkan ego nya. Maksud aku, kan sepatutnya lelaki itu adalah si pemimpin yang patut nya harus memimpin. Namun atas sifat rasional kami, sang lelaki pun mengalah. Contoh lain pulak, jangan memalukan dia di khalayak ramai. Ini pun satu hal.


Hargai dia
Ini pun penting jugak babe. Seperti yang aku kata tadi, lelaki ni kalau buat sesuatu untuk pasangan nya, pasti itu adalah dari rasa hati yang JUJUR dan IKHLAS semata. Tapi itu jika tanpa ada unsur paksaan lah. Lelaki paling tidak suka dipaksa melakukan sesuatu kalau dia tidak suka. So, tolonglah faham. Jangan suka mendesak lelaki okay. Mungkin itu semua bersebab. Contoh nya, bila korang mintak si dia berkata jujur seperti korang suruh si dia cerita kisah silam si dia bersama kekasih lama si dia, atau mungkin hubungan si dia bersama kawan-kawan perempuan, jadi nya korang kenalah terima cerita/kisah tersebut dengan hati yang terbuka. Korang faham kan maksud aku? Korang patutnya lebih menghargai si dia atas sifat keberanian si dia meluahkan cerita sebenar walaupun cerita itu memang ada negatif nya. Jangan pulak korang nak tarik muka dengan si dia sebaik sahaja si dia habis bercerita. Memang tak lah lelaki nak pujuk balik lepas tu. Kalau pujuk pun mungkin setakat dua tiga kali je. Kalau korang merajuk lebih tu, korang sendiri lah fikir patut ke korang merajuk?


Jangan tinggi suara
Lumrah alam dalam hubungan itu pasti ada pasang surut nya. Pasti ada kisah manis pahit nya. Salah faham antara kalian dan kemudian nya mencetuskan pergaduhan itu adalah perkara biasa. Hehehe =) Sempoi dah ayat aku ni. Acah-acah banyak pengalaman sangat, padahal aku sendiri single lagi masih. Puiiih! Tapi ini realiti babe. Korang tu kalau bergaduh dengan si dia sampai bertekak suara tu diharapkan jangan lah ke tahap meninggikan suara. Lelaki akan rasa tercabar wehh bila perempuan nak tengking-tengking tinggi suara cenggitu. Penyelesaian nya korang diamkan diri je waktu tengah tegang tu atau mungkin korang boleh explain apa yang buat korang rasa macam tak puas hati dengan si dia. Itu pun bila si dia mintak korang jelaskan. Kalau dia tak suruh, so berdiam lebih baik and just say "Im sorry sayang" PERGHHH, itu yang buat lelaki cair babe. Habis gugur semua rasa egois dalam diri dia tu habaq hang. Lepas tu korang jangan terkejut lah kalau selang berapa hari atau mungkin tak sampai 24jam korang mendiamkan diri, si dia akan menghubungi korang balik and say "sorry my dear". Sebab apa cenggitu pulak? Sebab nya, si dia pun manusia jugak. Dia punya akal untuk berfikir kembali apa yang si dia dah lakukan dekat korang. Dia juga punya perasaan! So, sudah pasti itu semua atas sebab RINDU dan SAYANG si dia terhadap korang.