Assalamualaikum ya habibi ya maulana, entry kali ni kita dok buat buat biasa ja! Hehehe =) Okaylah dek, pertama sekali aku nak ucap terima kasih banyak nohh kepada hampa yang sudi singgah blog aku yang tak seberapa ni. Kita biasa lah dek, ramai kata kita suka buat kemeh. Tapi kita jenih takdehey, kita SEMPOI. Nak taknak, sekali lagi malam ni entry aku mungkin khas buat kaum hawa. Apa yang aku kongsi ni mungkin boleh diterima pakai dek akai jugak aku rasa walaupun tak semua lelaki yang sependapat dengan aku. Perkara perkara yang bakal aku senarai satgii pun daripada pendapat aku sendiri. So hampa mana yang rasa hampa boleh praktik kan dekat pasangan hampa tu, selamat mencuba nohh!
Childish / Manja barangkali.
Sifat childish ni yang buat nampak macam sempoi sikit tu. Sebab apa? Sebab nampak macam CUTE omputeh kata. Mungkin buat rasa hati lelaki terhibur melihatkan telatah dan perangai perempuan cenggitu. Macam seronok je dapat buli korang. Lelaki mana yang nakal sikit tu kan suka buli budak budak. Bukan buli apa sangat pun, sekadar sakat menyakat gurau senda je. Gurau manja konon konon nya. Biasa nya yang childish ni pasti punya sifat manja. Haa, yang manja tulah buat lagi lelaki tertarik habaq hang. Trust me! Tapi dekk, janganlah nak manja yang over sangat. Contoh nya sampai semua mende pun nak bergantung pada lelaki. Agak agak kalau boleh settle kan sendiri tu, cubalah settle kan dulu sendiri ye!
Memahami
Perghhh, sifat memahami ni kalau ada dekat diri hampa tu dekk, aku cakap Fuhh, cukup sempurna dek. Nak tahu sebab apa? Sebab dia, hampa telah buat lelaki tu rasa sangat dihargai dan diterima seadanya. Dengaq macam simple je kan bunyik nya, tapi tulah, sebenarnya membawa erti yang besar buat lelaki. Serious sembang ni dek. Contoh nya hampa jenih yang mudah memaafkan dan mudah diajak duduk berbincang. Barulah nampak sikit KEMATANGAN hampa tuhh. Ya, memang betoi tadi aku dok kata lelaki suka perempuan yang macam childish, manja semua gitu tapi hampa kena tahu jugak kematangan dalam berfikir jugak buat lelaki lagi cayaq! Kebiasaan nya, perempuan yang memahami ni akan bercakap dengan lebih sopan jika lelaki itu sedang sibuk atau ada urusan lain. Woww! Itu yang kami cari dekk.
Menjaga penampilan
Dah lumrah alam dekk lelaki ni suka pada kecantikan. Itu jelah satu satu nya nafsu yang dia ada, hampa bukan taktau kannnn! Bukan nak yang perfect sangat pun. Cukup nampak kemas, sedap mata memandang dan sopan sudoh. Tu je pun. Penampilan yang menarik tu kan menunjukkan kita pandai menghargai diri sendiri. Contoh nya, masa mula mula kenai dulu haa kau, kemain jumpa habis "cantik menarik tertarik kau memang da bomb". Bila dah kenai lama sikit sebulan dua lepas tu, haa hampa bayangkan lah sendiri bagi mana yang jenih tak reti jaga penampilan tuhh.
Pandai berkomunikasi
Lelaki nii lebih cepat tertarik pada perempuan yang pandai berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling tidak kira apa peringkat, baik dengan yang lebih tua atau pun yang muda. Nak lagi syok, lagi sempoi, had jenih yang mudah diajak berbual apa topik sekali pun. Tapi kalau nak carik jenih pandai semua topik tu, memang susahlah kan. Maksud nya, kalau dia tak tahu berkenaan topik yang di sembang tuhh, at least dia boleh kata jugak kan yang dia taktau. Kira okay lah kan sebab dia berani nak beritahu dan boleh jugak di ajak bersembang orang kata. Then cuba cari idea lain yang mungkin ada kaitan dengan topik tu yang dia tahu. Haa, nampaklah kematangan dia di situ. Hehehe =) pandai mainkan. Seperkara lagi, lelaki suka perempuan yang mampu menjadi pendengar yang baik.
Pandai menyesuaikan diri
Aku respect gila pada perempuan yang punya sifat niiii. Susah kott nak jumpa jenih yang macam ni. Hampa faham faham sendiri lah aktiviti lelaki ni pelik pelik je kekadang. Ada masa, kami yang lelaki ni pun sukar nak jangka apa mende yang kami bakal lakukan. Pendek kata, asal boleh je kami redah deruih. Contoh nya, tiba tiba lelaki ni terfikir nak ajak kekasih hati dia pergi lepak sekali dengan saudara mara dia semua. Kira macam plan last minit lah ni sebab dia pun tahu awek dia tengah free time tuhh. Haa, baru berakai hampa. Tapi bagi perempuan yang pandai menyesuaikan diri ni, pasti tidak ada masalah walaupun bakal menghadapi suasana baru cenggitu malah lebih tenang apabila bersua.
Hahaha =) Tu je kott aku rasa. Tapi bila baca balik, ini dah macam bukan biasa. Habis semua pendapat aku bagi untuk pengongsian bersama. Jadi bagi hampa yang dah baca entry ni sampai habis, hampa rasa hampa boleh buat lagu ni jugak hampa deruih kan. InsyaAllah berkesan terutama pada hampa yang mana masih tertanya tanya had jenih mana lelaki suka tang wanita.
Renung-renungkan dan selamat beramal !