Sunday, 4 November 2012

17 Jun 1989

Ini adalah RAHSIA disebalik bulan kelahiran aku. Terima kasih diucapkan kepada Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah atas percubaan meramalkan tingkah laku, sikap, serta sifat peribadi buat mereka yang lahir pada tarikh ini. Biar pun ada beberapa perkara yang tidak benar mengenai ciri-ciri yang diberi, namun kita tetap manusia. Tidak mungkin manusia itu sempurna. Lagi pun ujian dan kajian yang dilakukan, terang-terangan bukan pada semua individu yang lahir pada bulan tersebut kann. Bukti nya aku! Kalau Tuan Haji buat kajian tentang aku, pasti banyak lagi perkara positif yang boleh ditambah di sini. Hehehehe =) Jadi sekarang apa kata kita lihat apakah kelebihan dan kekurangan di sebalik insan yang lahir pada tarikh 17 Jun.

Berfikiran jauh dan berwawasan
Mudah ditawan kerana sikap baik
Berperangai lemah lembut
Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood
Idea yang terlalu banyak di kepala
Bersikap sensitif
Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir)
Sukar melakukan sesuatu dengan segera
Bersikap suka menangguh-nangguh
Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
Cepat marah dan cepat sejuk
Suka bercakap dan berdebat
Suka buat lawak dan bergurau
Otaknya cerdas berangan-angan
Mudah berkawan dan pandai berkawan
Orang yang sangat tertib
Pandai mempamerkan sikap
Mudah kecil hati
Mudah kena selsema
Suka berkemas
Cepat rasa bosan
Sikap terlalu memilih dan cerewet
Kurang mempamerkan perasaan
Lambat untuk sembuh apabila terluka hati
Suka pada barang yang berjenama
Mudah menjadi eksekutif
Kedegilan yang tidak terkawal

Haaa, nampak kan permainan dia dekat sini. Seperti ada yang tidak kena pada tempat nya. *tapi takpaa, hang sempoi.