Sunday, 4 November 2012

Bismillah

Assalamualaikum wbt.

Okay, permulaan yang hambar. Aku tak tahu nak tulis apa buat masa ni. Mohon maaf dipinta. Pada awal nya aku punya semangat untuk mengarang sesuatu untuk di kongsi bersama. Tapi akhirnya aku kecetekan idea jua.

Setulus nya, aku sudah mula rasa bosan dengan Celcom BIS. Haaa, nampak tak betapa takde kene mengene dia di situ. Tapi kau orang silap, motif aku lahirkan blog aku pada hari ni adalah berpunca dari pendapat aku yang menyangka menghabiskan duit untuk aktifkan kembali BIS Blackberry itu adalah pembaziran. Terus aku punya idea untuk meluahkan kata melalui blog. Hehehehe, sekali lagi aku rasa macam takde kene mengene. Ahhh, pedulikan!

Baiklah! Daripada aku menulis lebih banyak patah perkataan, ada elok kira nya aku cuma beritahu yang aku ni seorang yang gemar bermain dengan kata-kata. Kalau aku di tanya "apakah pendapat kamu tentang penghebahan berita ataupun cerita melalui internet?" Aku akan jawab blog adalah antara laman sesawang terbaik untuk berkongsi ilmu dan idea. Sebab apa? Sebab nya, korang boleh fikir sendiri kan.

Mungkin setakat ni je dulu kott kehendak aku untuk berbicara. InsyaAllah, kalau ada umur yang panjang, idea yang banyak, akan aku selitkan di pertemuan kita seterus nya. Buat peminat-peminat aku di luar sana, kau orang buat lekk je okay. Aku sayang kau orang semua. Hahahahaha =) Ciow derr! Sekian, terima kasih.