Thursday, 8 November 2012

Perkara Pantang Sang Adam

Assalamualaikum! Salam budi buat belia, salam ukhwah buat rakyat jelata. Entry kali ni aku nak kongsi  sedikit sebanyak mengenai beberapa perkara yang mungkin kecil bagi kita tetapi besar buat sang naluri  sanubari. Ewahhh, kau ayat taknak kalah kan. Biasa lah tu kita, jenih sembang nak A je. Tapi takpaa, hang sempoii. Okay lah, berbalik kepada kisah asal aku nak cerita tentang pantang larang yang mungkin menjadi pertikaian antara sang Adam dengan sang Hawa. Sesungguh nya, sikap dan sifat peribadi sang Adam dan sang Hawa teramatlah banyak perbezaan nya. Ada banyak perkara sang Hawa perlu tahu mengenai pantang larang yang menjadi sangat sensitif kepada sang Adam.

Ya, memang betoi habaq hang lelaki ni perangai pelik-pelik je. Tapi itu lah sebenar nya keunikan yang ada pada lelaki. Takde lelaki yang suka segala hal peribadi nya diketahui umum terutama nya pada kaum perempuan ni haa. Tak "special" lah tentang dia nanti dek. Sebab apa? Sebab lelaki ni berpandangan jauh. Skop pandangan lelaki lebih kepada rasional dan logistik. Malah perempuan pulak, pandangan kau orang mungkin lebih kompleks. Sangat terperinci! Oleh sebab itulah, terdapat nya beberapa sikap dan sifat yang menjadi pantang bagi lelaki jika sekiranya perempuan berbuat begini kepada diri mereka.

Queen Control
Please lahhh, takde sorang lelaki pun suka diri nya dikawal oleh perempuan. Setiap tindak tanduk yang dibuat, setiap perkara yang dilakukan, perempuan nak kita ni lelaki WAJIB beritahu mereka. Konon-konon nya kalau tak dapat CALL bagitahu, atleast SMS. Niat kau orang tu betoi sebab perasaan ambil berat kau orang tu terlalu tinggi dan itu ternyata takde sape boleh kata ianya salah. Kami yang lelaki ni sangat menghargai nya. Tapi, yang menyebabkan perbalahan ini, perlu ke nak kena "update" semua mende yang lelaki buat? 

Tidak Percaya
Ini lagi satu hal yang sangat serius barangkali. Wow, pantang chorr perempuan tak percaya cakap lelaki. Kau orang sendiri boleh bezakan mana satu gurau senda, mana satu hal sebenar. Sebagai contoh, kau tiba-tiba rasa lelaki ni sebenar nya tengah makan cekodok pisang, padahal lelaki tu tengah makan dodol durian. Suddenly, kau dah tak tahan sangat lalu kau bertanya dengan bertubi-tubi "betoi ke hang tengah makan dodoi durian? hang jangan tipu! aku tahu hang makan cekodok pisang. hang cakap yang betoi wehh. aku pukoi hang satgi kott" BEDEBOL! dah tu kau nak aku cakap apa? kalau dah betoi aku makan dodol durian, takkan aku nak kata aku makan cekodok pisang jugak? Dasar perempuan degil kau ni. Langsung taknak percaya kata lelaki kan! Asyik nak menang ikut kata kau je. Heshhh, WHACKADUDE!

Kuat Merajuk
Kalau ada hal kecik tu, tak perlu lah di perbesarkan. Tak perlu lah nak di panjang lebarkan lagi. Orang kata, mende takde mende pun. So kau buat relax sudah. Sabar eh sabar! Jangan di ikutkan sangat perasaan tu. Kelak memakan diri. Kalau boleh "settle down" tu, kita buat cara termudah. Kita guna konsep musyawarah. Itu kan tuntutan Nabi. Barulah hubungan tu diberkati. Ada sesetengah lelaki mungkin boleh bertahan dengan sikap perempuan yang cenggini, ada sesetengah tu tak. Jadi nya, jangan lah nak berlebih sangat. Kalau lelaki dah kata SORRY setiap kali dia datang memujuk tu, apa salah nya kau orang maafkan je. Sedangkan Nabi pun ampunkan ummat nya, apatah lagi kita.

Banyak lagi pantang larang yang lain sebenar nya. Tapi aku rasa setakat ni, yang tiga (3) ni paling mustahak yang mungkin boleh menjadi ASBAB lelaki tak gemar dengan sikap perempuan yang melayan lelaki cenggini. Aku pun bukan nya baguih sangat pun! Cuma ingin meluahkan kata menghuraikan idea. Walau bagaimana pun, insyaAllah, kalau ada jodoh tu tak kemana. Sesungguh nya, Allah telah menetapkan siapa pasangan kita, yang sedia menerima kelebihan dan kekurangan kita. Setiap apa berlaku, di janji setia untuk tempuh bersama. Tinggal lagi, itu semua adalah rahsia dari Yang Maha Esa. Sekian, terima kasih.