Monday, 5 November 2012

Kisah Janggut


Janggut? Hahahaha =) Siapa kata cerita janggut tak perlu dijadikan isu dekk. Haa, mehh sini luangkan masa sikit abang nak berbicara. Janggut ni dek, kalau adik nak tahu, banyak kelebihan nya. Kita sebagai lelaki ni, lebih manis dipandang pada mata malaikat sebagai lelaki berjanggut dari mereka yang tidak membela janggut kalau adik nak tahu. Serious sembang ni dekk, abang bukan tipu. Kalau tak percaya, adik boleh google search tengok macam mana pergi dia.


Okay lah, mungkin aku boleh terima sikit idealogi kau yang mengatakan lebih 80% perempuan suka lelaki yang "clean shave" Acah-acah kemas, lebih maskulin. Tapi apa yang kau kaluit sangat nak jaga penampilan kau untuk sedap mata perempuan memandang. Deyy thambii, takkan kau tak reti nak urus diri kott. Siapa kata ada janggut nampak tak kemas? Kau kalau dah berjanggut tuu, pandai-pandai lah kau kemaskan. Bukan susah nau pun. Come on lahh! 


Ni aku ada satu cerita sikit nak kongsi dengan kau. Harap dengan cerita pendek ni dapat bukak sikit minda kau. Di zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat yang berjanggut nipis/jarang sekadar sehelai dua. Semasa beliau mengambil wuduk untuk bersolat di masjid, Rasulullah tersenyum dan memalingkan mukanya. Sahabat itu pun merasa hairan dan dia menyangka Rasulullah SAW senyum kerana janggutnya yang nipis itu dan memalingkan mukanya kerana tidak suka kepada janggut yang jarang itu. Keesokan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah SAW, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang kepada lelaki tersebut. Maka bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada baginda, "Wahai Rasulullah, mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini? Lalu baginda pun menjawab, "Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggut mu, tetapi apabila kamu mencukur janggut mu, tidak ada lagi malaikat yang menunggu di janggut mu wahai sahabat."



Renung-renungkan dan selamat beramal =)