Kita berdoa untuk dapat jodoh. "Allah suruh berdoa, dan setiap doa yang diminta pasti Aku akan kabulkan." Tetapi kenapa doa masih belum termakbul? Antara sebab nya adalah hati masih kotor. Maksud hati kotor adalah seperti, masih ada perasaan benci terhadap orang, buruk sangka. Ini sebabkan hati kita tidak menarik. Tahu tak kita bahawa hati kita seperti magnet! Bagaimana caranya? Caranya adalah dengan menggantikan dengan sifat-sifat yang sempurna. Sebagai contoh, kita ambik iktibar dari kata Nabi Muhammad SAW di mana kata baginda semua penyakit adalah dosa dan ubat nya adalah istighfar dan solat taubat. Solat taubat, solat hajat, istikarah, kemudian di tutup dengan witir. Walau bagaimana pun, sifat redho dan syukur yang akan menyempurnakan hidup kita.
Antara ciri-ciri wanita pilihan lelaki mengikut kajian seluruh dunia adalah seperti berikut:
- Yakin (confident) pada diri nya - dia cantik tapi tak perasan dia cantik dan paling penting tidak mengutuk kaum lelaki.
- Berakhlak
- Suka perempuan yang bijaksana yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk kan sangat kepandaian nya kepada lelaki sampai nampak kebodohan lelaki. Sebab apa? Sebab nya, lelaki itu akan rasa seperti tercabar kalau nampak kebodohan nya. So even though you are smart, it's fine, it's good, but don't show off that you are smart. Don't be too smart.
- Jangan terlalu cerewet, terlampau cemburu sampai lelaki itu berasa rimas. Contoh asyik nak kena update setiap apa yang pasangan (lelaki) lakukan.
- Mendengar kata. Pantang jika pasangan (perempuan) lawan cakap lelaki jikalau sesuatu perkara itu benar.
Akhir sekali, jangan pernah cuba untuk hendak mengenal lelaki 100%. Lelaki akan RIMAS pada perempuan yang cuba nak mengenal lelaki secara menyeluruh. Cukup sekadar 70% sudah sempurna sebab nya lagi 30% itu sebagai misteri dan daya tarikan lelaki itu sendiri supaya dapat dijadikan/dianggap sesuatu yang sangat ISTIMEWA.