Wednesday, 5 December 2012

Langkah Bijak Untuk Cemerlang

Assalamualaikum chorr! Selamat datang ke blog aku. Hehehe =) Hang rajin nohh mai singgah blog aku ni. Hang memang sempoi. Okay chorr, hari ni entry aku berkenaan bagaimanakah cara-caranya untuk kita menjadi seorang yang cemerlang, seorang yang berwawasan dan kelihatan sentiasa bersemangat. Aku yakin setiap orang pasti mahukan kecemerlangan dalam hidup. Bukan untuk menunjuk-nunjuk betoi dak. Tapi itu adalah tuntutan dalam islam. INGAT! Insan yang cemerlang datangnya daripada akal, dari hati yang tenang dan jiwa yang bersih. Jadi, apakah cara-cara nya, haa mari kita sama-sama saksikan:



Berusaha untuk sentiasa mendapat hidayah dari Allah.
Macam mana nak dapat hidayah dari Allah? Haa, itu perkara mudah. Kalau nak aku huraikan satu persatu, memang panjang cerita dia. Jadi aku cadangkan korang google search je senang. Habis cerita! Lebih senang dan lebih tenang. Apa yang aku boleh kongsi cuma beritahu dekat hang untuk dapat hidayah Allah ni adalah perkara asas kita sebagai khalifah iaitu yang Pertama, doa. Banyakkan lah berdoa kerana itu merupakan senjata umat islam. Kedua, hang rajin-rajinkan diri buat sesuatu perkara berjemaah. Solat berjemaah, makan berjemaah, sukan berjemaah dan banyak lagi jemaah-jemaah. Ketiga, berikan sedikit waktu, sedikit ruang untuk diri hang membaca al-Quran. Paling tidak pun dapat 10 helai setiap hari orang kata dah sempoi. Keempat, ringankan mulut dengan memberi salam. Haa, mudah gilakan. So, apa lagi mahu tunggu, praktikanlah okay. 


Sentiasa berlapang dada.
Orang cemerlang adalah orang yang sentiasa bersedia untuk ditegur atau mintak dirinya ditegur. Perghh, ini betoi-betoi sempoi habaq hang. Kita hidup di mukabumi ni hanya sementara je kan. Jadi janganlah kita menyombong diri sangat. Sebab apa? Sebab lama-lama nanti kalau kita selalu menyombong diri ni, takut takut nanti kita benak hati. Haduhh, mintak selisih malaikat 44 chorr. Apa salahnya kalau kita meminta nasihat dari orang lain kan. Bukan susah nau pun. Tuudia tuudia, aku sembang nak kemeh je. Tapi takpaa, untuk pengajaran bersama. Okay, sebagai contoh. Kalau hang ada terjumpa ke ada berjumpa ke dengan orang yang lebih pakar, yang lebih hebat, rebut peluang untuk mintak nasihat dari depa. Mintak pandangan dan tunjuk ajar. Mustahil lah depa ni lokek ilmu. Atau paling kurang pun, hang jumpa depa hang mintak depa doakan kejayaan hang. Haa, sempoi kan! Itulah aku dah kata. Hang buat tenang je. Tapi kalau hang kena tegoq, kena marah, hang jangan nak melenting pulak. Apa yang hang dok buat kaluit sangat tu ceq. Sabar eh sabar. Hehehe =)


Program kan minda setiap hari. 
Bagaimana yang dikatakan dengan program minda kita? Caranya mudah! Apa yang hang perlu buat adalah dengan memasukkan dalam kepala dan minda hang sesuatu yang dikatakan bayang-bayangan. Makna lain, imaginasi. Siapa kata kalau time nak seronok je baru boleh imaginasi? Bila-bila pun boleh lah chorr. Hang jangan kecik kan skop imaginasi hang pada perkara tu je. Hehehe =) Okay, sebab apa pulak kita perlu program minda kita dengan bayang-bayangan? Sebab kata ulama, kalau kita dapat bayangkan apa yang kita idamkan, apa yang kita pohon, dan sesuatu bayangan itu dapat dilihat dengan jelas, maka bayangan itu dengan izin Allah, akan berhasil. Atas asbab izin Allah, bayangan yang jelas dalam kepala kita itu 10 kali ganda lebih berpengaruh dari azam yang kita tulis atas kertas. Jadi, benarlah kata Nabi, Allah bertindak atas seperti mana yang kita pohon, yang dibayangkan oleh hambaNya. Bayangan dalam minda ni sebenarnya doa yang amat mustajab untuk merangsang diri jadi cemerlang.


Sentiasa maafkan orang.
Rahsia besar yang perlu hang tahu adalah kecemerlangan sebenarnya berpaksi pada hati yang bersih, telus dan tulus. Tahu dak, bila hang memaafkan orang lain, pintu syurga akan terbuka untuk hang. Ini SEBENAR! Aku dah buat research pasai ni dah. Ini kata Nabi kita. Kedua nya, bila kita memaafkan orang, hati kita akan bersih. Bukan kita yang cucilah, Allah yang cucikan hati kita tuhh. Ketiga, kalau kita dapat memaafkan orang, fikiran kita akan berasa tenang, insyaAllah. Keempat, bila kita memaafkan orang dengan bersungguh-sungguh, penyakit kita pasti akan satu persatu sembuh. Sebab apa pulak macam tu? Sebabnya bila kita memaafkan orang, hati kita akan bersih. Bila hati bersih, penyakit kita akan sembuh. Ini pun aku dah buat research. Hang percayalah kata aku ni. 


Cari keberkatan.
Bayangkan lah, macam mana hang nak cemerlang kalau takde keberkatan. Tu pasai time hang nak ambik SPM dulu, hang ada satu sesi hang kena beratoq panjang, salam semua cikgu cikgu hang. Haa, hang ingat dak perkara tu hang pernah buat dulu dekat dewan sekolah. Hehehe =) Berkat daripada bonda dan ayahanda tercinta, takpayah nak dok pertikaikan lah, itu paling utama. Bagi aku, berkat ni mungkin boleh dibahagikan kepada dua perkara iaitu pertamanya berkat rezeki, dan keduanya berkat ilmu.  


Sentiasa fikir luar dari kotak pemikiran.
Tuudia tuudia, had jenih apa yang dok main main dekat luaq kotak tuhh. Hahaha. Maksud aku, hang cuba tampil dengan idea idea yang bernas, yang unik, yang kreatif. Fuhh, ini kalau hang dapat buat lagu ni, hang memang paling sempoi. Mende mudah sangat chorr! Nak dapat idea yang banyak, hang kenalah banyak berjumpa dengan bermacam orang. Jangan hang nak dudok ditakuk yang sama ja. Pii keluaq sana tuhh, teroka dunia luaq. Buat-buat dok berbincang, banyakkan musyawarah, baru boleh dikatakan Mahasiswa Berinspirasi Pencetus Revolusi. 


Sentiasa tawakal pada Allah.
Ini pun perkara asas yang patutnya hang dah tahu. Hang kalau nak berjaya, nak jadi cemerlang, awai awai lagi tadi aku dah habaq, hang jangan jadi bodoh sombong. Hang kalau lepas dah berusaha untuk capai sesuatu perkara yang hang dah lakukan, hang kena rajin berdoa. Ingat nohh, doa je satu-satunya senjata yang kita ada sebagai umat islam. Lepas hang dah buat yang terbaik, yang termampu pada diri hang, hang kena berserah, bertawakal padaNya. InsyaAllah berhasil, berjaya. Tapi kalau masih belum termakbul, hang jangan pulak putuih asa, hang kena rajin mencuba lagi. Mana tahu rezeki hang lepas tu Tuhan nak bagi berlipat ganda.


Okay chorr, cukup setakat ni dulu kott noh. Aku pun dah mengantuk ni. Saje tadi bosan-bosan, idea pulak datang berlegar, kita deruih buat entry. Maaf, kalau aku ada tersalah kata yang buat hati hang tersinggung rasa. Sedangkan Nabi ampunkan umatnya, inikan pula kita sesama saudara. Sekian, terima kasih. #4.37am, cioww!

Tuesday, 4 December 2012

Cara Untuk Menjadikan Diri Dibenci Syaitan

Atas sebab-sebab aku masih belum boleh nak tidur, belum rasa mengantok, maka aku berbesar hati untuk tambah satu lagi entry buat kita sama-sama amalkan kalau boleh, insyaAllah. Berikut adalah senarai 20 orang atau hamba Allah yang sangat dibenci oleh syaitan di atas muka bumi. Lepas korang dah baca ni, mohon korang rasa macam nak berebut untuk turut sama tersenarai dalam kategori yang ada. Hehehe =)

1- Nabi Muhammad.
2- Orang alim yang beramal (jom kita amalkan ilmu kita) 
# orang yg berilmu tetapi tidak beramal, akan dicampak masuk ke dalam neraka lebih awal dari penyembah berhala kata Nabi. Haa, takut kan?
3- Membaca quran dan mengamalkan quran (kalau syaitan benci pasti Allah suka) atau
4- Azan kerana Allah, bukan nak show off.
# sebab ada cerita, orang ni saje nak pergi surau nak laungkan azan sebab nak tambat hati bapak mentua.
5- Kasih dan sayang kepada orang yg miskin & anak yatim.
6- Orang yang penyayang.
7- Tunduk pada kebenaran.
8- Orang muda yang taat pada perintah Allah.
9- Memakan makanan yang halal.
10- Dua pemuda yang berkasih sayang kerana Allah.
# haa, yang ni yang Nabi selalu dok sebut. Yg macam ni jugak aku mahukan. Hehehe =)
11- Solat jemaah.
12- Solat qiamulai.
13- Jaga diri daripada yang haram.
14- Nasihat menasihati saudara kita dengan hati yang ikhlas.
15- Sentiasa berwuduk.
16- Bermurah hati.
17- Berakhlah mulia.
18- Yakin dengan ketentuan dan rezeki dari Allah.
19- Berbuat baik kepada mereka yang bergelar janda dengan ikhlas apabila menolong mereka.
# ini pun mungkin aku nak cuba jugaklah nanti kalau diberi kesempatan.
20- Ingat mati dan bersedia untuk mati.
# ingat mati tu dah sempoi, cantik. tapi part yang bersedia untuk mati tu lagi sempoi, lagi cantik.

Renung-renungkan dan selamat beramal =)

Langkah Bijak Pemimpin Terbilang

Assalamualaikum wahai belia belia ku sekalian! Okay, entry yang aku nak kongsi ni sebenarnya ada kene mengene sikit aku rasa dengan entry lepas mengenai topik yang aku bincangkan dengan member aku tuhh. Yang tersurat nya aku dah beritahu, tetapi yang tersirat nya adalah tentang kepimpinan dalam diri kita. Untuk jadi pemimpin yang hebat, kita perlu ikut rencah dan cara-cara nya. Walau bagaimanapun, kita semua adalah pemimpin. Bukan mudah untuk jadi pemimpin chorr. Jadi benar orang kata, "kalau imam buat silap, makmum turut akan terjejas". Bak kata orang cina pula, "ikan yang busuk datang nya dari kepala". So, ambil masa sikit dan fikirkan apa aku kata. Bawah ni aku ada beberapa senarai yang mungkin boleh diterima dek akai untuk kita sama-sama membentuk diri menjadi pemimpin yang HEBAT, insyaAllah.


  • Membentuk karisma
  • Membentuk visi dan misi yang jelas, yang murni.
  • Mempunyai iltizam/komitmen (contohnya, apabila kita hendak bercakap, cakaplah dengan bersungguh-sungguh yang datangnya dari hati yang ikhlas) -barulah orang yakin dengan kita!
  • Membentuk hikmah dalam komunikasi (cuba memahami apa yang orang lain kata)
  • Ada kepakaran & kemahiran (kemahiran yang unik)
  • Berani kerana benar (bukan menjadi YES man sahaja walaupun TAK sepatutnya berkata yes)
  • Pentingkan orang lain (pemimpin adalah manusia yang luar biasa dan bukan nya yang mementingkan diri sendiri) - kalau sibuk pentingkan diri sendiri, maka sangat tidak layak untuk jadi seorang pemimpin. Contoh: Nabi Muhammad ketika sedang wafat, baginda sibuk memikirkan umatnya dan tidak mahu umatnya tersiksa dan merana dari bencana.
  • Telus, Jujur, Ikhlas
  • Pemurah (dalam hidup ini, makin banyak kita memberi, makin banyak yang kita dapat/makin kita bersyukur, makin banyak Allah beri kepada kita)- So, jangan risau, jangan lah berkira!
  • Kreatif dan Inisiatif
  • Wajib ada rasa kasih dan penyayang terhadap orang yang dipimpin nya. Contoh: sanggup bersusah payah untuk orang bawahan.
  • Sikap terbuka dan positif (boleh ditegur)
  • Bertanggungjawab.
  • Boleh juga menjadi pengikut yang baik (takdehal walaupun dia ikut dari belakang/takdehal dia jadi makmum)
  • Tidak berhenti dari belajar sesuatu. "to keep leading you must keep on learning" -pemimpin yang jahil adalah pemimpin yang rasa sudah cukup untuk belajar dan menerima sesuatu baru.
  • Bentuk rutin dalam kehidupan (ada masa untuk keluarga/rakan/dsb)
  • Tidak banyak merungut (buat mana yang mampu buat, kalau tak mampu mintak tolong orang lain atau berserah pada Allah)
  • Kaji dan nilai prestasi diri sendiri.
  • Ambil iktibar dari setiap pengalaman (belajar dari pengalaman orang lain) bukan tunggu terhantuk baru nak elak.
  • Motivasi kan diri dan orang lain.
  • Yakin diri.
  • Tidak menggunakan kuasa sewenang-wenang nya.
  • Buat kerja yang berat-berat (sanggup menanggung dan memikul tugas yang paling berat). Contoh: kisah nabi- baginda sendiri yang pergi mencari kayu api di padang pasir. Ingat senang ke nak carik kayu api dekat padang pasir tu chorr?
  • Menghargai orang lain (berterima kasih itu tanda hati yang bersyukur pada Allah).
  • Ceria dan bersemangat (kita kenalah sentiasa ceria sebab kalau kita bersedih sukar untuk orang bawahan ikut kita) -ceria ni tidak semestinya 24jam nak kena senyum je, tapi sebenarnya yang penting kita perlu bersemangat.
  • Elak dari bersangka buruk pada orang lain.
  • Berterus terang.
  • Bersedia untuk kelihatan atau dianggap bodoh. Contoh: Nabi Nuh sendiri pernah dianggap bodoh kerana membina kapal di atas padang pasir, tetapi sebenar nya ada visi dan misi.
  • Memohon pada Allah perkara yang terbaik.
  • Mengatasi ketakutan.
  • Menganal pasti potensi diri sebenar (berdoa kepada Allah dan bertanyakan pada orang lain apa kelebihan kita ada supaya dapat dimantapkan lagi).
  • Bertindak (mempunyai perancangan dan tindakan yang hebat). Jangan jadi seperti orang yang pandai berkata-kata tapi habuk pun takdak.
  • Tidak gila pangkat (merendah diri) Contoh: Nabi sendiri tidak suka dibezakan-bezakan.
  • Kaji sesuatu secara meluas (melangkah satu demi satu) - tertib dan sabar.
  • Adil dan saksama (ini tuntutan Allah, walaupun mendapat tekanan dari sekitar tetapi masih tetap adil)

Senarai dekat atas-atas ni sebenarnya adalah antara senarai yang aku masih ingat masa aku mengikuti kursus kepimpinan pemimpin-pemimpin pelajar semenanjung Malaysia dulu tahun 2008 yang penceramah nya disampaikan oleh Dato' Dr. Haji Mohd Fadhilah Kamsah. Mungkin aku ada tokok tambah sikit lah. Tapi apa yang aku kongsi sini, harap dapat membantu dan dijadikan sumber tauladan buat korang semua.

Sunday, 2 December 2012

Good Leader

Assalamualaikum! Salam rindu dari aku buat semua. Cerita dia, lama jugak aku tak ziarah blog aku ni. Banyak mende nak kena kasik settle chorr sebelum hujung bulan. Huru hara jugaklah orang kata. Tapi takpaa, tanggungjawab didahulukan kepuasan diutamakan. Entry kali ni mungkin agak panjang sikit. Yang sudi membaca tu, aku doakan semoga korang dapat input nya. Terima kasih belia!

Kisahnya, aku baru lepas duduk bersembang dengan rakan sebaya aku tadi. Agak seronok perbincangan kami sebenarnya. Apa yang kami bualkan? Haa, itu yang aku nak kongsikan sekarang. Tapi sebelum tu, aku nak panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk aku meluah rasa, mencurah idea pada rakan-rakan seperjuangan. Serious sembang ni chorr, aku rindu, aku sayang korang semua.

Topik asalnya adalah berkenaan tentang masa depan kita, kerjaya kita. Apa yang kita inginkan, apa yang kita idamkan. Dimana hala tuju kita, apa perancangan kita, bagaimana cara untuk kita mencapai matlamat dalam hidup kita. Ini semua perkara biasa, soalan yang selalu kita tertanya-tanya pada diri kita. Kadang-kadang bukan semua perkara kita boleh pendam rasa. Ada masa kita perlu luahkan jua! Tidak kira pada siapa, pada keluarga tercinta, pada rakan seperjuangan kita, pada mereka yang lebih dewasa atau pada mereka yang lebih kita percaya. Itu sudah menjadi perkara harus bagi kita, supaya kelak jiwa tidak merana hati tidak meronta. Tapi kita perlu ingat, apa pun permasalahan yang tiba, jangan sesekali kita lupa pada yang Esa. Mengadulah padaNya, merintihlah padaNya, insyaAllah disitu ada jalan nya.

Hahahaha, panjang sudah aku goreng. Ini baru muqadimmah nya. Korang yakin nak baca sampai habis ni? Hehehe, WHACKADUDE!

Setiap insan pasti punya cita-cita, angan-angan dan citarasa. Ada yang sama, ada juga yang berbeza. Dalam kehidupan kita, kita pasti akan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia. Kita suka memerhati orang disekeliling kita dan kemudian kita menilai pergerakan mereka. Begitu jugalah dengan diri kita kan! Sebab dari situ kita memilih siapa rakan kita, bagaimana hubungan persahabatan kita hingga seterusnya. Alhamdulillah, aku berbangga dengan rakan-rakan yang aku ada. Semuanya berwawasan, semuanya pun berjaya. Hampa memang SEMPOI habaq hang!

Hahaha, sekali lagi aku mengarut lebih. Mohon maaf! Sebenarnya aku nak kongsi je idea bagaimana untuk kita mencapai cita-cita. Ini pendapat aku sendiri jelah yang aku rasa sewajarnya kita perlu renung bersama. Hakikatnya, untuk kita berjaya kita haruslah pandai memimpin diri kita. Tak perlu kita nak pening kepala bagaimana pula untuk menjadi pemimpin. Kerana apa? Kerana sifat-sifat pemimpin itu adalah anugerah dari Allah yang semulajadi ada realitinya cuma lagi tinggal kita mencorakkan nya dan aplikasikan dalam hidup kita. InsyaAllah!

Setiap individu juga pasti ada kelebihannya tersendiri. Ada yang pakar dalam bidang perubatan, ada yang pakar dalam bidang pendidikan, muzik, sukan, politik dan sebagainya. Yang pasti nya, semua kelebihan yang mereka ada, mereka gunakan sebaik nya yang mungkin kini menjadi kerjaya utama mereka. So korang kalau korang rasakan korang mampu buat, korang teruskan. Siapa tahu suatu hari nanti, korang pulak bakal menjadi idola buat generasi muda! Kan tu secara tak langsung dah membuktikan korang mampu menjadi pemimpin yang berjaya.

Lekk chorr! hang buat tenang je. Tapi apa pun, aku nasihatkan dan aku berpesan pada diri aku sendiri, jika ada sesuatu kesekatan atau kekangan berlaku, jangan sesekali kita menuding jari pada orang lain. Jangan kita salahkan orang lain. Cubalah belajar untuk menyalahkan diri sendiri kemudian belajar dari kesilapan lampau atau bangkit dan berdiri di atas kaki sendiri. Kejar impian dengan penuh HARAPAN agar dapat pulang dengan penuh KEJAYAAN. Biarlah kita terpaksa berkorban lebih masa, berputih tulang bermandi peluh keseorangan, yang penting hati kena IKHLAS niat kena SUCI. Baru sempoi chorr!

Okay, sekarang aku betul-betul dah melalut panjang. Sebab aku rasa point aku sebenarnya satu apa pun tak masuk-masuk lagi. Jenuh nak susun ayat buat pemanis bicara. Sudahnya, aku hilang dalam pencarian. Hadoii, ini pun sempoi jugak orang kata. Sempoi nak mampuih! Tadi mula kemain semangat nak cerita pasal topik perbualan aku dengan member aku tu, tapinya kelaut pergi dia. Maaflah kalau aku dah buang masa korang. Hehehe =) tak terniat nak buat korang macam tu. Tapi korang nak jadi pemimpin berjaya kan? Haa, pemimpin berjaya dia kena banyak bersabar. So sabar jelah eh! InsyaAllah berkat kesabaran korang tu boleh tempatkan korang dalam golongan hamba yang beriman. Haa, selamatttttttt~ 4.34am!

Wednesday, 14 November 2012

Perkara yang mungkin lelaki tertarik tentang wanita. MUNGKIN!

Assalamualaikum ya habibi ya maulana, entry kali ni kita dok buat buat biasa ja! Hehehe =) Okaylah dek, pertama sekali aku nak ucap terima kasih banyak nohh kepada hampa yang sudi singgah blog aku yang tak seberapa ni. Kita biasa lah dek, ramai kata kita suka buat kemeh. Tapi kita jenih takdehey, kita SEMPOI. Nak taknak, sekali lagi malam ni entry aku mungkin khas buat kaum hawa. Apa yang aku kongsi ni mungkin boleh diterima pakai dek akai jugak aku rasa walaupun tak semua lelaki yang sependapat dengan aku. Perkara perkara yang bakal aku senarai satgii pun daripada pendapat aku sendiri. So hampa mana yang rasa hampa boleh praktik kan dekat pasangan hampa tu, selamat mencuba nohh!

Childish / Manja barangkali.
Sifat childish ni yang buat nampak macam sempoi sikit tu. Sebab apa? Sebab nampak macam CUTE omputeh kata. Mungkin buat rasa hati lelaki terhibur melihatkan telatah dan perangai perempuan cenggitu. Macam seronok je dapat buli korang. Lelaki mana yang nakal sikit tu kan suka buli budak budak. Bukan buli apa sangat pun, sekadar sakat menyakat gurau senda je. Gurau manja konon konon nya. Biasa nya yang childish ni pasti punya sifat manja. Haa, yang manja tulah buat lagi lelaki tertarik habaq hang. Trust me! Tapi dekk, janganlah nak manja yang over sangat. Contoh nya sampai semua mende pun nak bergantung pada lelaki. Agak agak kalau boleh settle kan sendiri tu, cubalah settle kan dulu sendiri ye!

Memahami
Perghhh, sifat memahami ni kalau ada dekat diri hampa tu dekk, aku cakap Fuhh, cukup sempurna dek. Nak tahu sebab apa? Sebab dia, hampa telah buat lelaki tu rasa sangat dihargai dan diterima seadanya. Dengaq macam simple je kan bunyik nya, tapi tulah, sebenarnya membawa erti yang besar buat lelaki. Serious sembang ni dek. Contoh nya hampa jenih yang mudah memaafkan dan mudah diajak duduk berbincang. Barulah nampak sikit KEMATANGAN hampa tuhh. Ya, memang betoi tadi aku dok kata lelaki suka perempuan yang macam childish, manja semua gitu tapi hampa kena tahu jugak kematangan dalam berfikir jugak buat lelaki lagi cayaq! Kebiasaan nya, perempuan yang memahami ni akan bercakap dengan lebih sopan jika lelaki itu sedang sibuk atau ada urusan lain. Woww! Itu yang kami cari dekk.

Menjaga penampilan
Dah lumrah alam dekk lelaki ni suka pada kecantikan. Itu jelah satu satu nya nafsu yang dia ada, hampa bukan taktau kannnn! Bukan nak yang perfect sangat pun. Cukup nampak kemas, sedap mata memandang dan sopan sudoh. Tu je pun. Penampilan yang menarik tu kan menunjukkan kita pandai menghargai diri sendiri. Contoh nya, masa mula mula kenai dulu haa kau, kemain jumpa habis "cantik menarik tertarik kau memang da bomb". Bila dah kenai lama sikit sebulan dua lepas tu, haa hampa bayangkan lah sendiri bagi mana yang jenih tak reti jaga penampilan tuhh. 

Pandai berkomunikasi
Lelaki nii lebih cepat tertarik pada perempuan yang pandai berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling tidak kira apa peringkat, baik dengan yang lebih tua atau pun yang muda. Nak lagi syok, lagi sempoi, had jenih yang mudah diajak berbual apa topik sekali pun. Tapi kalau nak carik jenih pandai semua topik tu, memang susahlah kan. Maksud nya, kalau dia tak tahu berkenaan topik yang di sembang tuhh, at least dia boleh kata jugak kan yang dia taktau. Kira okay lah kan sebab dia berani nak beritahu dan boleh jugak di ajak bersembang orang kata. Then cuba cari idea lain yang mungkin ada kaitan dengan topik tu yang dia tahu. Haa, nampaklah kematangan dia di situ. Hehehe =) pandai mainkan. Seperkara lagi, lelaki suka perempuan yang mampu menjadi pendengar yang baik

Pandai menyesuaikan diri
Aku respect gila pada perempuan yang punya sifat niiii. Susah kott nak jumpa jenih yang macam ni. Hampa faham faham sendiri lah aktiviti lelaki ni pelik pelik je kekadang. Ada masa, kami yang lelaki ni pun sukar nak jangka apa mende yang kami bakal lakukan. Pendek kata, asal boleh je kami redah deruih. Contoh nya, tiba tiba lelaki ni terfikir nak ajak kekasih hati dia pergi lepak sekali dengan saudara mara dia semua. Kira macam plan last minit lah ni sebab dia pun tahu awek dia tengah free time tuhh. Haa, baru berakai hampa. Tapi bagi perempuan yang pandai menyesuaikan diri ni, pasti tidak ada masalah walaupun bakal menghadapi suasana baru cenggitu malah lebih tenang apabila bersua. 

Hahaha =) Tu je kott aku rasa. Tapi bila baca balik, ini dah macam bukan biasa. Habis semua pendapat aku bagi untuk pengongsian bersama. Jadi bagi hampa yang dah baca entry ni sampai habis, hampa rasa hampa boleh buat lagu ni jugak hampa deruih kan. InsyaAllah berkesan terutama pada hampa yang mana masih tertanya tanya had jenih mana lelaki suka tang wanita. 

Renung-renungkan dan selamat beramal !

Monday, 12 November 2012

Lelaki Ego?


Assalamualaikum! Apa khabar belia-belia sekalian? Cerita dia hari ni aku nak kongsi dengan kau orang bagaimana nak tewas kan EGO lelaki! Sebenar nya mengikut kajian daripada yang pakar, memang sifat ego tu ada pada setiap lelaki. Kalau tak banyak pun, sikit tu pasti ada. Pembohong sangat lelaki tu kata kalau dia tak punya perasaan ego ni. Hehehe =) Si pakar yang dimaksudkan tu adalah aku. Tapi ini realiti, sebab nya kajian tu aku sendiri yang buat. Nak taknak, kau orang kena percaya jugak sebab aku pun lelaki. Jadi nya, aku berkongsi cerita ni khusus nya buat kaum hawa di luar sana. Kini tiba masa nya aku nak bocorkan rahsia bagaimana untuk menambat hati sang egois:


Hormati dia
Perkara yang paling utama adalah korang kena belajar menghormati si dia. Korang sendiri tahu kan yang mana kalau korang nak orang lain menghormati korang, so korang pun kenalah menghormati orang lain jugak. Betul kan? Cerita dia, tak kisahlah dari segi mana pun. Contoh nya, keputusan yang dibuat daripada si dia. Aku percaya biasa nya lelaki kalau nak buat apa-apa, pasti dia akan bertanyakan dulu pada cinta hati dia untuk buat keputusan ke, bertanyakan pendapat ke atau apa-apa jelah sebab dia kalau boleh nak beri yang terbaik buat pasangan nya. Okay, ini antara satu rahsia besar perempuan kena tahu dan korang kena hargai tindakan si dia tu. Apa yang di buat itu ikhlas okay! Tapi bila sekali korang dah kata "tak kisahlah" "mana-mana pun boleh" "up to you" then PLEASE jangan nak pertikaikan lagi kalau si dia pulak yang buat kata putus! Faham? Sebab apa? Sebab nya korang sedar tak sebenar nya secara tak langsung si dia dah menjatuhkan ego nya. Maksud aku, kan sepatutnya lelaki itu adalah si pemimpin yang patut nya harus memimpin. Namun atas sifat rasional kami, sang lelaki pun mengalah. Contoh lain pulak, jangan memalukan dia di khalayak ramai. Ini pun satu hal.


Hargai dia
Ini pun penting jugak babe. Seperti yang aku kata tadi, lelaki ni kalau buat sesuatu untuk pasangan nya, pasti itu adalah dari rasa hati yang JUJUR dan IKHLAS semata. Tapi itu jika tanpa ada unsur paksaan lah. Lelaki paling tidak suka dipaksa melakukan sesuatu kalau dia tidak suka. So, tolonglah faham. Jangan suka mendesak lelaki okay. Mungkin itu semua bersebab. Contoh nya, bila korang mintak si dia berkata jujur seperti korang suruh si dia cerita kisah silam si dia bersama kekasih lama si dia, atau mungkin hubungan si dia bersama kawan-kawan perempuan, jadi nya korang kenalah terima cerita/kisah tersebut dengan hati yang terbuka. Korang faham kan maksud aku? Korang patutnya lebih menghargai si dia atas sifat keberanian si dia meluahkan cerita sebenar walaupun cerita itu memang ada negatif nya. Jangan pulak korang nak tarik muka dengan si dia sebaik sahaja si dia habis bercerita. Memang tak lah lelaki nak pujuk balik lepas tu. Kalau pujuk pun mungkin setakat dua tiga kali je. Kalau korang merajuk lebih tu, korang sendiri lah fikir patut ke korang merajuk?


Jangan tinggi suara
Lumrah alam dalam hubungan itu pasti ada pasang surut nya. Pasti ada kisah manis pahit nya. Salah faham antara kalian dan kemudian nya mencetuskan pergaduhan itu adalah perkara biasa. Hehehe =) Sempoi dah ayat aku ni. Acah-acah banyak pengalaman sangat, padahal aku sendiri single lagi masih. Puiiih! Tapi ini realiti babe. Korang tu kalau bergaduh dengan si dia sampai bertekak suara tu diharapkan jangan lah ke tahap meninggikan suara. Lelaki akan rasa tercabar wehh bila perempuan nak tengking-tengking tinggi suara cenggitu. Penyelesaian nya korang diamkan diri je waktu tengah tegang tu atau mungkin korang boleh explain apa yang buat korang rasa macam tak puas hati dengan si dia. Itu pun bila si dia mintak korang jelaskan. Kalau dia tak suruh, so berdiam lebih baik and just say "Im sorry sayang" PERGHHH, itu yang buat lelaki cair babe. Habis gugur semua rasa egois dalam diri dia tu habaq hang. Lepas tu korang jangan terkejut lah kalau selang berapa hari atau mungkin tak sampai 24jam korang mendiamkan diri, si dia akan menghubungi korang balik and say "sorry my dear". Sebab apa cenggitu pulak? Sebab nya, si dia pun manusia jugak. Dia punya akal untuk berfikir kembali apa yang si dia dah lakukan dekat korang. Dia juga punya perasaan! So, sudah pasti itu semua atas sebab RINDU dan SAYANG si dia terhadap korang.

Thursday, 8 November 2012

Perkara Pantang Sang Adam

Assalamualaikum! Salam budi buat belia, salam ukhwah buat rakyat jelata. Entry kali ni aku nak kongsi  sedikit sebanyak mengenai beberapa perkara yang mungkin kecil bagi kita tetapi besar buat sang naluri  sanubari. Ewahhh, kau ayat taknak kalah kan. Biasa lah tu kita, jenih sembang nak A je. Tapi takpaa, hang sempoii. Okay lah, berbalik kepada kisah asal aku nak cerita tentang pantang larang yang mungkin menjadi pertikaian antara sang Adam dengan sang Hawa. Sesungguh nya, sikap dan sifat peribadi sang Adam dan sang Hawa teramatlah banyak perbezaan nya. Ada banyak perkara sang Hawa perlu tahu mengenai pantang larang yang menjadi sangat sensitif kepada sang Adam.

Ya, memang betoi habaq hang lelaki ni perangai pelik-pelik je. Tapi itu lah sebenar nya keunikan yang ada pada lelaki. Takde lelaki yang suka segala hal peribadi nya diketahui umum terutama nya pada kaum perempuan ni haa. Tak "special" lah tentang dia nanti dek. Sebab apa? Sebab lelaki ni berpandangan jauh. Skop pandangan lelaki lebih kepada rasional dan logistik. Malah perempuan pulak, pandangan kau orang mungkin lebih kompleks. Sangat terperinci! Oleh sebab itulah, terdapat nya beberapa sikap dan sifat yang menjadi pantang bagi lelaki jika sekiranya perempuan berbuat begini kepada diri mereka.

Queen Control
Please lahhh, takde sorang lelaki pun suka diri nya dikawal oleh perempuan. Setiap tindak tanduk yang dibuat, setiap perkara yang dilakukan, perempuan nak kita ni lelaki WAJIB beritahu mereka. Konon-konon nya kalau tak dapat CALL bagitahu, atleast SMS. Niat kau orang tu betoi sebab perasaan ambil berat kau orang tu terlalu tinggi dan itu ternyata takde sape boleh kata ianya salah. Kami yang lelaki ni sangat menghargai nya. Tapi, yang menyebabkan perbalahan ini, perlu ke nak kena "update" semua mende yang lelaki buat? 

Tidak Percaya
Ini lagi satu hal yang sangat serius barangkali. Wow, pantang chorr perempuan tak percaya cakap lelaki. Kau orang sendiri boleh bezakan mana satu gurau senda, mana satu hal sebenar. Sebagai contoh, kau tiba-tiba rasa lelaki ni sebenar nya tengah makan cekodok pisang, padahal lelaki tu tengah makan dodol durian. Suddenly, kau dah tak tahan sangat lalu kau bertanya dengan bertubi-tubi "betoi ke hang tengah makan dodoi durian? hang jangan tipu! aku tahu hang makan cekodok pisang. hang cakap yang betoi wehh. aku pukoi hang satgi kott" BEDEBOL! dah tu kau nak aku cakap apa? kalau dah betoi aku makan dodol durian, takkan aku nak kata aku makan cekodok pisang jugak? Dasar perempuan degil kau ni. Langsung taknak percaya kata lelaki kan! Asyik nak menang ikut kata kau je. Heshhh, WHACKADUDE!

Kuat Merajuk
Kalau ada hal kecik tu, tak perlu lah di perbesarkan. Tak perlu lah nak di panjang lebarkan lagi. Orang kata, mende takde mende pun. So kau buat relax sudah. Sabar eh sabar! Jangan di ikutkan sangat perasaan tu. Kelak memakan diri. Kalau boleh "settle down" tu, kita buat cara termudah. Kita guna konsep musyawarah. Itu kan tuntutan Nabi. Barulah hubungan tu diberkati. Ada sesetengah lelaki mungkin boleh bertahan dengan sikap perempuan yang cenggini, ada sesetengah tu tak. Jadi nya, jangan lah nak berlebih sangat. Kalau lelaki dah kata SORRY setiap kali dia datang memujuk tu, apa salah nya kau orang maafkan je. Sedangkan Nabi pun ampunkan ummat nya, apatah lagi kita.

Banyak lagi pantang larang yang lain sebenar nya. Tapi aku rasa setakat ni, yang tiga (3) ni paling mustahak yang mungkin boleh menjadi ASBAB lelaki tak gemar dengan sikap perempuan yang melayan lelaki cenggini. Aku pun bukan nya baguih sangat pun! Cuma ingin meluahkan kata menghuraikan idea. Walau bagaimana pun, insyaAllah, kalau ada jodoh tu tak kemana. Sesungguh nya, Allah telah menetapkan siapa pasangan kita, yang sedia menerima kelebihan dan kekurangan kita. Setiap apa berlaku, di janji setia untuk tempuh bersama. Tinggal lagi, itu semua adalah rahsia dari Yang Maha Esa. Sekian, terima kasih.

Logika?

Kita berdoa untuk dapat jodoh. "Allah suruh berdoa, dan setiap doa yang diminta pasti Aku akan kabulkan." Tetapi kenapa doa masih belum termakbul? Antara sebab nya adalah hati masih kotor. Maksud hati kotor adalah seperti, masih ada perasaan benci terhadap orang, buruk sangka. Ini sebabkan hati kita tidak menarik. Tahu tak kita bahawa hati kita seperti magnet! Bagaimana caranya? Caranya adalah dengan menggantikan dengan sifat-sifat yang sempurna. Sebagai contoh, kita ambik iktibar dari kata Nabi Muhammad SAW di mana kata baginda semua penyakit adalah dosa dan ubat nya adalah istighfar dan solat taubat. Solat taubat, solat hajat, istikarah, kemudian di tutup dengan witir. Walau bagaimana pun, sifat redho dan syukur yang akan menyempurnakan hidup kita.

Antara ciri-ciri wanita pilihan lelaki mengikut kajian seluruh dunia adalah seperti berikut:
  1. Yakin (confident) pada diri nya - dia cantik tapi tak perasan dia cantik dan paling penting tidak mengutuk kaum lelaki.
  2. Berakhlak
  3. Suka perempuan yang bijaksana yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk kan sangat kepandaian nya kepada lelaki sampai nampak kebodohan lelaki. Sebab apa? Sebab nya, lelaki itu akan rasa seperti tercabar kalau nampak kebodohan nya. So even though you are smart, it's fine, it's good, but don't show off that you are smart. Don't be too smart.
  4. Jangan terlalu cerewet, terlampau cemburu sampai lelaki itu berasa rimas. Contoh asyik nak kena update setiap apa yang pasangan (lelaki) lakukan. 
  5. Mendengar kata. Pantang jika pasangan (perempuan) lawan cakap lelaki jikalau sesuatu perkara itu benar.

Akhir sekali, jangan pernah cuba untuk hendak mengenal lelaki 100%. Lelaki akan RIMAS pada perempuan yang cuba nak mengenal lelaki secara menyeluruh. Cukup sekadar 70% sudah sempurna sebab nya lagi 30% itu sebagai misteri dan daya tarikan lelaki itu sendiri supaya dapat dijadikan/dianggap sesuatu yang sangat ISTIMEWA.


Monday, 5 November 2012

NANOSPEED EXCEL

Buat mereka yang sangap main badminton sekarang ni dan masih tercari-cari raket apa yang sesuai dengan kau orang, aku "suggest" kan kau orang beli raket NANOSPEED EXCEL ni. Sempoi habaq hang. Kau orang boleh smash setangkas dan sehebat Dato' Lee Chong Wei. Sebenarnya setanding dengan Lin Dan jugak pada pendapat aku. Hahaha =) Takdelah, aku gurau je. Realiti nya, kalau kau orang nak beli raket badminton, mana-mana raket pun kau orang boleh beli. Orang kata ikut mana sedap kau guna lah. Aku je lebih "promote" raket ni sebab aku guna yang ni sekarang. Garang jugak cerita dia kalau dah guna raket ni.


Description:  EXCEL ALLOY provides sharp hitting and high repulsion power.
Item Code:  NS-EXCEL
Flex:  Stiff
Frame:  EXCEL ALLOY
Shaft:  Graphite, CARBON NANOTUBE
Weight/Grip Size:  3U (85-89.9g) G3,4,5
Colour:  Black/Orange


NANOSPEED is our most ‘head-light’ series, designed for players with a naturally quick swing and a sharp, attacking playing style. It is the ideal racquet for players seeking faster movement and greater maneuverability on the court. YONEX has created an ultra-lightweight racquet that is thinner, stronger and more stable than an ordinary racquet for maximum power and swing speed energy.



Kisah Janggut


Janggut? Hahahaha =) Siapa kata cerita janggut tak perlu dijadikan isu dekk. Haa, mehh sini luangkan masa sikit abang nak berbicara. Janggut ni dek, kalau adik nak tahu, banyak kelebihan nya. Kita sebagai lelaki ni, lebih manis dipandang pada mata malaikat sebagai lelaki berjanggut dari mereka yang tidak membela janggut kalau adik nak tahu. Serious sembang ni dekk, abang bukan tipu. Kalau tak percaya, adik boleh google search tengok macam mana pergi dia.


Okay lah, mungkin aku boleh terima sikit idealogi kau yang mengatakan lebih 80% perempuan suka lelaki yang "clean shave" Acah-acah kemas, lebih maskulin. Tapi apa yang kau kaluit sangat nak jaga penampilan kau untuk sedap mata perempuan memandang. Deyy thambii, takkan kau tak reti nak urus diri kott. Siapa kata ada janggut nampak tak kemas? Kau kalau dah berjanggut tuu, pandai-pandai lah kau kemaskan. Bukan susah nau pun. Come on lahh! 


Ni aku ada satu cerita sikit nak kongsi dengan kau. Harap dengan cerita pendek ni dapat bukak sikit minda kau. Di zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat yang berjanggut nipis/jarang sekadar sehelai dua. Semasa beliau mengambil wuduk untuk bersolat di masjid, Rasulullah tersenyum dan memalingkan mukanya. Sahabat itu pun merasa hairan dan dia menyangka Rasulullah SAW senyum kerana janggutnya yang nipis itu dan memalingkan mukanya kerana tidak suka kepada janggut yang jarang itu. Keesokan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah SAW, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang kepada lelaki tersebut. Maka bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada baginda, "Wahai Rasulullah, mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini? Lalu baginda pun menjawab, "Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggut mu, tetapi apabila kamu mencukur janggut mu, tidak ada lagi malaikat yang menunggu di janggut mu wahai sahabat."



Renung-renungkan dan selamat beramal =)

Hikmah Diturunkan Hujan

Kebelakangan ini bumi Malaysia telah dibasahi dengan air hujan sepanjang hari. Mengikut kiraan aku, hampir 5 hari berturut-turut sudah hujan turun tidak mengira waktu pagi, tengah hari baik pun malam di setiap negeri. Namun sedarkah kita apakah hikmahNya disebalik awan mendung yang menutupi mentari. Jadi baiklah kira nya kita sama-sama hayati sedikit penjelasan mengapa Allah sengaja menurunkan hujan. Apakah hikmahNya?
1. Wujud nyata dari rahmat Allah untuk seluruh makhluk

Allah Ta’ala berfirman,
وَهُوَ الَّذِي يُنَزِّلُ الْغَيْثَ مِنْ بَعْدِ مَا قَنَطُوا وَيَنْشُرُ رَحْمَتَهُ وَهُوَ الْوَلِيُّ الْحَمِيدُ
Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmat-Nya. Dan Dialah Yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji.” (QS. Asy Syuura: 28). Yang dimaksudkan dengan rahmat di sini adalah hujan sebagaimana dikatakan oleh Maqotil.
2. Rezeki bagi seluruh makhluk
    Allah Ta’ala berfirman,
    وَفِي السَّمَاءِ رِزْقُكُمْ وَمَا تُوعَدُونَ
    Dan di langit terdapat rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu.” (QS. Adz Dzariyat: 22). Yang dimaksud dengan rezeki di sini adalah hujan sebagaimana pendapat Abu Sholih dari Ibnu ‘Abbas, Laits dari Mujahid dan mayoritas ulama pakar tafsir.
    Ath Thobari mengatakan, “Di langit itu diturunkannya hujan dan salju, di mana dengan sebab keduanya keluarlah berbagai rizki, kebutuhan, makanan dan selainnya dari dalam bumi.”
    3. Pertolongan untuk para wali Allah
      Allah Ta’ala berfirman,
      إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِّنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُم مِّن السَّمَاء مَاء لِّيُطَهِّرَكُم بِهِ وَيُذْهِبَ عَنكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ وَلِيَرْبِطَ عَلَى قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الأَقْدَامَ
      (Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki(mu).” (QS. Al Anfal: 11)
      Ibnu Jarir Ath Thobari rahimahullah mengatakan, “Hujan yang dimaksud di sini adalah hujan yang Allah turunkan dari langit ketika hari Badr dengan tujuan mensucikan orang-orang beriman untuk solat mereka. Karena pada saat itu mereka dalam keadaan junub namun tidak ada air untuk mensucikan diri mereka. Ketika hujan turun, mereka pun boleh mandi dan bersuci dengannya. Setan ketika itu telah memberikan was-was pada mereka yang membuat mereka bersedih hati. Mereka dibuat sedih dengan mengatakan bahawa pagi itu mereka dalam keadaan junub dan tidak memiliki air. Maka Allah hilangkan was-was tadi dari hati mereka kerana sebab diturunkannya hujan. Hati mereka pun semakin kuat. Turunnya hujan ini pun menguatkan langkah mereka. ... Inilah pertolongan Allah kepada Nabi-Nya dan wali-wali Allah. Dengan sebab ini, mereka semakin kuat menghadapi musuh-musuhnya.
      4. Sebagai alat untuk bersuci hamba-hamba Allah
        Dalilnya adalah sebagaimana disebutkan dalam point ke-3, Allah Ta’ala berfirman,
        وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُم مِّن السَّمَاء مَاء لِّيُطَهِّرَكُم بِهِ
        dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu” (QS. Al Anfal: 11). Imam Ats Tsa’labi mengatakan, “Air hujan ini bisa digunakan untuk menyucikan hadas dan junub.
        5. Permisalan akan kekuasaan Allah menghidupkan kembali makhluk kelak pada hari kiamat
          Hal ini dapat kita saksikan dalam beberapa ayat berikut ini.
          وَاللّهُ أَنزَلَ مِنَ الْسَّمَاء مَاء فَأَحْيَا بِهِ الأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِّقَوْمٍ يَسْمَعُونَ
          Dan Allah menurunkan dari langit air (hujan) dan dengan air itu dihidupkan-Nya bumi sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mendengarkan (pelajaran). ” (QS. An Nahl: 65)
          وَهُوَ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ حَتَّى إِذَا أَقَلَّتْ سَحَابًا ثِقَالاً سُقْنَاهُ لِبَلَدٍ مَّيِّتٍ فَأَنزَلْنَا بِهِ الْمَاء فَأَخْرَجْنَا بِهِ مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ كَذَلِكَ نُخْرِجُ الْموْتَى لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
          Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.” (QS. Al A’rof: 57)
          إِنَّمَا مَثَلُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاء أَنزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاء فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الأَرْضِ مِمَّا يَأْكُلُ النَّاسُ وَالأَنْعَامُ حَتَّىَ إِذَا أَخَذَتِ الأَرْضُ زُخْرُفَهَا وَازَّيَّنَتْ وَظَنَّ أَهْلُهَا أَنَّهُمْ قَادِرُونَ عَلَيْهَا أَتَاهَا أَمْرُنَا لَيْلاً أَوْ نَهَارًا فَجَعَلْنَاهَا حَصِيدًا كَأَن لَّمْ تَغْنَ بِالأَمْسِ كَذَلِكَ نُفَصِّلُ الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
          Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dan langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemilik-permliknya mengira bahwa mereka pasti menguasasinya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanam-tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang berfikir.” (QS. Yunus: 24)
          إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنزَلَ اللّهُ مِنَ السَّمَاء مِن مَّاء فَأَحْيَا بِهِ الأرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخِّرِ بَيْنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ لآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
          Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (QS. Al Baqarah: 164)
          وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنَّكَ تَرَى الْأَرْضَ خَاشِعَةً فَإِذَا أَنْزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ إِنَّ الَّذِي أَحْيَاهَا لَمُحْيِي الْمَوْتَى إِنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
          Dan di antara tanda-tanda-Nya (Ialah) bahwa kau lihat bumi kering dan gersang, maka apabila Kami turunkan air di atasnya, niscaya ia bergerak dan subur. Sesungguhnya Tuhan Yang menghidupkannya, Pastilah dapat menghidupkan yang mati. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (QS. Fushshilat: 39)
          وَأَحْيَيْنَا بِهِ بَلْدَةً مَيْتًا كَذَلِكَ الْخُرُوجُ
          Dan Kami hidupkan dengan air itu tanah yang mati (kering). Seperti itulah terjadinya kebangkitan.” (QS. Qaaf: 11)
          6. Azab atas para pelaku maksiat
            Hal ini dapat kita lihat pada firman Allah Ta’ala tentang adzab pada kaum Nuh,
            وَقِيلَ يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءَكِ وَيَا سَمَاءُ أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاءُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَاسْتَوَتْ عَلَى الْجُودِيِّ وَقِيلَ بُعْدًا لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
            Dan difirmankan: "Hai bumi telanlah airmu, dan hai langit (hujan) berhentilah," dan air pun disurutkan, perintah pun diselesaikan dan bahtera itu pun berlabuh di atas bukit Judi, dan dikatakan: "Binasalah orang-orang yang zalim ."” (QS. Hud: 44)
            Allah Ta’ala juga menceritakan mengenai kaum ‘Aad,
            فَلَمَّا رَأَوْهُ عَارِضًا مُسْتَقْبِلَ أَوْدِيَتِهِمْ قَالُوا هَذَا عَارِضٌ مُمْطِرُنَا بَلْ هُوَ مَا اسْتَعْجَلْتُمْ بِهِ رِيحٌ فِيهَا عَذَابٌ أَلِيمٌ (24) تُدَمِّرُ كُلَّ شَيْءٍ بِأَمْرِ رَبِّهَا فَأَصْبَحُوا لَا يُرَى إِلَّا مَسَاكِنُهُمْ كَذَلِكَ نَجْزِي الْقَوْمَ الْمُجْرِمِينَ (25)
            Maka tatkala mereka melihat azab itu berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, berkatalah mereka: "Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami". (Bukan!) bahkan itulah azab yang kamu minta supaya datang dengan segera (yaitu) angin yang mengandung azab yang pedih, yang menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Tuhannya, maka jadilah mereka tidak ada yang kelihatan lagi kecuali (bekas-bekas) tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami memberi balasan kepada kaum yang berdosa.” (QS. Al Ahqaf: 24-25)
            ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha menceritakan,
            وَكَانَ إِذَا رَأَى غَيْمًا أَوْ رِيحًا عُرِفَ فِى وَجْهِهِ . قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ النَّاسَ إِذَا رَأَوُا الْغَيْمَ فَرِحُوا ، رَجَاءَ أَنْ يَكُونَ فِيهِ الْمَطَرُ ، وَأَرَاكَ إِذَا رَأَيْتَهُ عُرِفَ فِى وَجْهِكَ الْكَرَاهِيَةُ . فَقَالَ « يَا عَائِشَةُ مَا يُؤْمِنِّى أَنْ يَكُونَ فِيهِ عَذَابٌ عُذِّبَ قَوْمٌ بِالرِّيحِ ، وَقَدْ رَأَى قَوْمٌ الْعَذَابَ فَقَالُوا ( هَذَا عَارِضٌ مُمْطِرُنَا ) »
            “Jika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melihat mendung atau angin, maka raut wajahnya pun berbeda.” ‘Aisyah berkata, “Wahai Rasululah, jika orang-orang melihat mendung, mereka akan begitu girang. Mereka mengharap-harap agar hujan segera turun. Namun berbeda halnya dengan engkau. Jika melihat mendung, terlihat wajahmu menunjukkan tanda tidak suka.” Beliau pun bersabda, “Wahai ‘Aisyah, apa yang boleh membuatku merasa aman? Siapa tahu ini adaah azab. Dan pernah suatu kaum diberi adzab dengan datangnya angin (setelah itu). Kaum tersebut (yaitu kaum ‘Aad) ketika melihat azab, mereka mengatakan, “Ini adalah awan yang akan menurunkan hujan kepada kita."

             - ALHAMDULILLAH SYUKUR -

            Sunday, 4 November 2012

            SINGLE
















            17 Jun 1989

            Ini adalah RAHSIA disebalik bulan kelahiran aku. Terima kasih diucapkan kepada Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah atas percubaan meramalkan tingkah laku, sikap, serta sifat peribadi buat mereka yang lahir pada tarikh ini. Biar pun ada beberapa perkara yang tidak benar mengenai ciri-ciri yang diberi, namun kita tetap manusia. Tidak mungkin manusia itu sempurna. Lagi pun ujian dan kajian yang dilakukan, terang-terangan bukan pada semua individu yang lahir pada bulan tersebut kann. Bukti nya aku! Kalau Tuan Haji buat kajian tentang aku, pasti banyak lagi perkara positif yang boleh ditambah di sini. Hehehehe =) Jadi sekarang apa kata kita lihat apakah kelebihan dan kekurangan di sebalik insan yang lahir pada tarikh 17 Jun.

            Berfikiran jauh dan berwawasan
            Mudah ditawan kerana sikap baik
            Berperangai lemah lembut
            Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood
            Idea yang terlalu banyak di kepala
            Bersikap sensitif
            Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir)
            Sukar melakukan sesuatu dengan segera
            Bersikap suka menangguh-nangguh
            Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
            Cepat marah dan cepat sejuk
            Suka bercakap dan berdebat
            Suka buat lawak dan bergurau
            Otaknya cerdas berangan-angan
            Mudah berkawan dan pandai berkawan
            Orang yang sangat tertib
            Pandai mempamerkan sikap
            Mudah kecil hati
            Mudah kena selsema
            Suka berkemas
            Cepat rasa bosan
            Sikap terlalu memilih dan cerewet
            Kurang mempamerkan perasaan
            Lambat untuk sembuh apabila terluka hati
            Suka pada barang yang berjenama
            Mudah menjadi eksekutif
            Kedegilan yang tidak terkawal

            Haaa, nampak kan permainan dia dekat sini. Seperti ada yang tidak kena pada tempat nya. *tapi takpaa, hang sempoi. 



            SPM 2012

            Perhatian buat adik-adik yang bakal menjalani Peperiksaan SPM 2012, abang mengucapkan semoga kalian maju jaya. Buat yang terbaik okay. Paling penting niat adik-adik tu kena betul, lillahita'ala. Baru lah boleh dapat keberkatan dariNya. Kemudian niat buat yang terbaik untuk diri sendiri, dan ibu bapa yang tersayang. InsyaAllah, doa serta restu daripada ibu bapa juga antara faktor yang mendorong adik-adik berjaya. Ingat tuhh. Jangan over confident tau. Cukup dengan percaya pada diri sendiri sudah. Ini sebenar. Abang tahu adik-adik dah berusaha selama ni, yang tinggal cuma adik berdoa dan terus bertawakal. Tuudia, kunci kejayaan, tuudia tuudiaaaaa~

            Dikesempatan ni jugak abang dengan rasa berbesar hati ingin mengucapkan SEMOGA BERJAYA kepada adinda abang yang tersayang, Nurfitrah binti Rosli yang bakal menduduki peperiksaan SPM bermula pada hari esok. Abang percaya adik boleh buat dan jawab semua soalan dengan cemerlang. Dah nama pun antara pelajar harapan guru di sekolah kan. So, adik kena buktikan. Betapa tinggi harapan yang diletakkan oleh cikgu-cikgu terhadap adik, tinggi lagi harapan kami sekeluarga. WE LOVE YOU MUCHY MUCH. Come on Nurfitrah, CHAIYOK CHAIYOKKK!

            Berikut merupakan JADUAL WAKTU SPM 2012 bagi calon-calon Sains Akaun.

            5 November - Isnin
            8.00 - 10.15am     Bahasa Melayu (kertas 1)
            2.00 - 4.30pm       Bahasa Melayu (kertas 2)

            6 November - Selasa
            8.00 - 9.45am       Bahasa Inggeris (kertas 1)
            10.30 - 12.45pm   Bahasa Inggeris (kertas 2)

            7 November - Rabu
            8.00 - 9.00am       Sejarah (kertas 1)
            10.00 - 12.30pm   Sejarah (kertas 2)

            8 November - Khamis
            8.00 - 9.15am       Matematik (kertas 1)
            10.00 - 12.30pm   Matematik (kertas 2)

            19 November - Isnin
            8.00 - 10.00am     Pendidikan Islam (kertas 1)
            11.15 - 12.55pm   Pendidikan Islam (kertas 2)

            20 November - Selasa
            8.00 - 10.00am     Matematik Tambahan (kertas 1)
            2.00 - 4.30pm       Matematik Tambahan (kertas 2)

            21 November - Rabu
            8.00 - 9.15am       Fizik (kertas 1)
            10.00 - 12.30pm   Fizik (kertas 2)
            2.00 - 3.30pm       Fizik (kertas 3)

            26 November - Isnin
            8.00 - 9.15am       Kimia (kertas 1)
            10.00 - 12.30pm   Kimia (kertas 2)
            2.00 - 3.30pm       Kimia (kertas 3)

            28 November - Rabu
            11.15 - 12.30pm   Prinsip Akaun (kertas 1)
            2.00 - 4.30pm       Prinsip Akaun (kertas 2)


            - ALL THE BEST -


                           

            Ketidakpuasan

            Haiiiii...

            Abang kembali lagi dek. Hahahaha =) Abang bukan apa dek, rasa tidak puas hati abang ni semakin menular, semakin meronta. Habis tewas jugak abang dibuat nya. Tapi abang tau itu semua nafsu kita je dekkk. Dah mungkin lumrah alam, manusia tidak pernah rasa cukup dengan apa yang ada. Cerita dia, abang bukan jenis tak reti bersyukur dek. Alhamdulillah! Abang tahu lagi masih. Cuma rasa teruja dengan blog baru abang ni haa. Rasa macam tak puas hati je sebab entry abang baru satu. Itulah abang kata tadi, perasaan dan naluri kita kan, siapa yang tahu. Blog baru mungkin, lain cara pergi dia dek. Mungkin.

            Padahal mende takde mende pun. Abang je tinggal lagi ni dengan buat keputusan untuk tambah entry satu lagi. Tolonglah, satu niiii je. Boleh eh? Hehehehe, boleh tak boleh, abang dah tulis jugak. So kau diam, baca je cerita aku malam ni. Entahlah dek, aku tiba-tiba rasa malam ni macam lagho sikit. Lagho pasal apa? Haa, itu mana boleh bagitahu. Rasa minda aku ni ada huru hara sikit dengan semua perkara. Tambah lagi dengan background music aku macam ni, perghhhhh syahdu habaq hang.

            Sekarang jam tepat menunjukkan pukul 4.30am. Aku masih berjaga, bersengkang mata. Dah terbiasa agak nya dengan corak kehidupan aku macam ni. Tapi awas lah kau mata, esok pasti seharian kau membuta. Seperti hari-hari kebelakangan ni kan tidak mengira tidak menghitung waktu sepagian ke, sepetangan ke, semalaman pun hujan je asyik. Itu tanda Tuhan masih menurunkan rahmat ke bumi Malaysia kita.

            Walau bagaimana pun, Tuhan dah memang tentukan segala nya. Kita sebagai hambaNya hanya mampu merancang. So, kita tengok jelah esok apa rencanaNya. Cerita banyak pun takde guna orang kata. Ikan keli ikan kembong, angkat kaki, lambongggggg! Haa, selamatttttttt~


            Bismillah

            Assalamualaikum wbt.

            Okay, permulaan yang hambar. Aku tak tahu nak tulis apa buat masa ni. Mohon maaf dipinta. Pada awal nya aku punya semangat untuk mengarang sesuatu untuk di kongsi bersama. Tapi akhirnya aku kecetekan idea jua.

            Setulus nya, aku sudah mula rasa bosan dengan Celcom BIS. Haaa, nampak tak betapa takde kene mengene dia di situ. Tapi kau orang silap, motif aku lahirkan blog aku pada hari ni adalah berpunca dari pendapat aku yang menyangka menghabiskan duit untuk aktifkan kembali BIS Blackberry itu adalah pembaziran. Terus aku punya idea untuk meluahkan kata melalui blog. Hehehehe, sekali lagi aku rasa macam takde kene mengene. Ahhh, pedulikan!

            Baiklah! Daripada aku menulis lebih banyak patah perkataan, ada elok kira nya aku cuma beritahu yang aku ni seorang yang gemar bermain dengan kata-kata. Kalau aku di tanya "apakah pendapat kamu tentang penghebahan berita ataupun cerita melalui internet?" Aku akan jawab blog adalah antara laman sesawang terbaik untuk berkongsi ilmu dan idea. Sebab apa? Sebab nya, korang boleh fikir sendiri kan.

            Mungkin setakat ni je dulu kott kehendak aku untuk berbicara. InsyaAllah, kalau ada umur yang panjang, idea yang banyak, akan aku selitkan di pertemuan kita seterus nya. Buat peminat-peminat aku di luar sana, kau orang buat lekk je okay. Aku sayang kau orang semua. Hahahahaha =) Ciow derr! Sekian, terima kasih.