Wednesday, 5 December 2012

Langkah Bijak Untuk Cemerlang

Assalamualaikum chorr! Selamat datang ke blog aku. Hehehe =) Hang rajin nohh mai singgah blog aku ni. Hang memang sempoi. Okay chorr, hari ni entry aku berkenaan bagaimanakah cara-caranya untuk kita menjadi seorang yang cemerlang, seorang yang berwawasan dan kelihatan sentiasa bersemangat. Aku yakin setiap orang pasti mahukan kecemerlangan dalam hidup. Bukan untuk menunjuk-nunjuk betoi dak. Tapi itu adalah tuntutan dalam islam. INGAT! Insan yang cemerlang datangnya daripada akal, dari hati yang tenang dan jiwa yang bersih. Jadi, apakah cara-cara nya, haa mari kita sama-sama saksikan:



Berusaha untuk sentiasa mendapat hidayah dari Allah.
Macam mana nak dapat hidayah dari Allah? Haa, itu perkara mudah. Kalau nak aku huraikan satu persatu, memang panjang cerita dia. Jadi aku cadangkan korang google search je senang. Habis cerita! Lebih senang dan lebih tenang. Apa yang aku boleh kongsi cuma beritahu dekat hang untuk dapat hidayah Allah ni adalah perkara asas kita sebagai khalifah iaitu yang Pertama, doa. Banyakkan lah berdoa kerana itu merupakan senjata umat islam. Kedua, hang rajin-rajinkan diri buat sesuatu perkara berjemaah. Solat berjemaah, makan berjemaah, sukan berjemaah dan banyak lagi jemaah-jemaah. Ketiga, berikan sedikit waktu, sedikit ruang untuk diri hang membaca al-Quran. Paling tidak pun dapat 10 helai setiap hari orang kata dah sempoi. Keempat, ringankan mulut dengan memberi salam. Haa, mudah gilakan. So, apa lagi mahu tunggu, praktikanlah okay. 


Sentiasa berlapang dada.
Orang cemerlang adalah orang yang sentiasa bersedia untuk ditegur atau mintak dirinya ditegur. Perghh, ini betoi-betoi sempoi habaq hang. Kita hidup di mukabumi ni hanya sementara je kan. Jadi janganlah kita menyombong diri sangat. Sebab apa? Sebab lama-lama nanti kalau kita selalu menyombong diri ni, takut takut nanti kita benak hati. Haduhh, mintak selisih malaikat 44 chorr. Apa salahnya kalau kita meminta nasihat dari orang lain kan. Bukan susah nau pun. Tuudia tuudia, aku sembang nak kemeh je. Tapi takpaa, untuk pengajaran bersama. Okay, sebagai contoh. Kalau hang ada terjumpa ke ada berjumpa ke dengan orang yang lebih pakar, yang lebih hebat, rebut peluang untuk mintak nasihat dari depa. Mintak pandangan dan tunjuk ajar. Mustahil lah depa ni lokek ilmu. Atau paling kurang pun, hang jumpa depa hang mintak depa doakan kejayaan hang. Haa, sempoi kan! Itulah aku dah kata. Hang buat tenang je. Tapi kalau hang kena tegoq, kena marah, hang jangan nak melenting pulak. Apa yang hang dok buat kaluit sangat tu ceq. Sabar eh sabar. Hehehe =)


Program kan minda setiap hari. 
Bagaimana yang dikatakan dengan program minda kita? Caranya mudah! Apa yang hang perlu buat adalah dengan memasukkan dalam kepala dan minda hang sesuatu yang dikatakan bayang-bayangan. Makna lain, imaginasi. Siapa kata kalau time nak seronok je baru boleh imaginasi? Bila-bila pun boleh lah chorr. Hang jangan kecik kan skop imaginasi hang pada perkara tu je. Hehehe =) Okay, sebab apa pulak kita perlu program minda kita dengan bayang-bayangan? Sebab kata ulama, kalau kita dapat bayangkan apa yang kita idamkan, apa yang kita pohon, dan sesuatu bayangan itu dapat dilihat dengan jelas, maka bayangan itu dengan izin Allah, akan berhasil. Atas asbab izin Allah, bayangan yang jelas dalam kepala kita itu 10 kali ganda lebih berpengaruh dari azam yang kita tulis atas kertas. Jadi, benarlah kata Nabi, Allah bertindak atas seperti mana yang kita pohon, yang dibayangkan oleh hambaNya. Bayangan dalam minda ni sebenarnya doa yang amat mustajab untuk merangsang diri jadi cemerlang.


Sentiasa maafkan orang.
Rahsia besar yang perlu hang tahu adalah kecemerlangan sebenarnya berpaksi pada hati yang bersih, telus dan tulus. Tahu dak, bila hang memaafkan orang lain, pintu syurga akan terbuka untuk hang. Ini SEBENAR! Aku dah buat research pasai ni dah. Ini kata Nabi kita. Kedua nya, bila kita memaafkan orang, hati kita akan bersih. Bukan kita yang cucilah, Allah yang cucikan hati kita tuhh. Ketiga, kalau kita dapat memaafkan orang, fikiran kita akan berasa tenang, insyaAllah. Keempat, bila kita memaafkan orang dengan bersungguh-sungguh, penyakit kita pasti akan satu persatu sembuh. Sebab apa pulak macam tu? Sebabnya bila kita memaafkan orang, hati kita akan bersih. Bila hati bersih, penyakit kita akan sembuh. Ini pun aku dah buat research. Hang percayalah kata aku ni. 


Cari keberkatan.
Bayangkan lah, macam mana hang nak cemerlang kalau takde keberkatan. Tu pasai time hang nak ambik SPM dulu, hang ada satu sesi hang kena beratoq panjang, salam semua cikgu cikgu hang. Haa, hang ingat dak perkara tu hang pernah buat dulu dekat dewan sekolah. Hehehe =) Berkat daripada bonda dan ayahanda tercinta, takpayah nak dok pertikaikan lah, itu paling utama. Bagi aku, berkat ni mungkin boleh dibahagikan kepada dua perkara iaitu pertamanya berkat rezeki, dan keduanya berkat ilmu.  


Sentiasa fikir luar dari kotak pemikiran.
Tuudia tuudia, had jenih apa yang dok main main dekat luaq kotak tuhh. Hahaha. Maksud aku, hang cuba tampil dengan idea idea yang bernas, yang unik, yang kreatif. Fuhh, ini kalau hang dapat buat lagu ni, hang memang paling sempoi. Mende mudah sangat chorr! Nak dapat idea yang banyak, hang kenalah banyak berjumpa dengan bermacam orang. Jangan hang nak dudok ditakuk yang sama ja. Pii keluaq sana tuhh, teroka dunia luaq. Buat-buat dok berbincang, banyakkan musyawarah, baru boleh dikatakan Mahasiswa Berinspirasi Pencetus Revolusi. 


Sentiasa tawakal pada Allah.
Ini pun perkara asas yang patutnya hang dah tahu. Hang kalau nak berjaya, nak jadi cemerlang, awai awai lagi tadi aku dah habaq, hang jangan jadi bodoh sombong. Hang kalau lepas dah berusaha untuk capai sesuatu perkara yang hang dah lakukan, hang kena rajin berdoa. Ingat nohh, doa je satu-satunya senjata yang kita ada sebagai umat islam. Lepas hang dah buat yang terbaik, yang termampu pada diri hang, hang kena berserah, bertawakal padaNya. InsyaAllah berhasil, berjaya. Tapi kalau masih belum termakbul, hang jangan pulak putuih asa, hang kena rajin mencuba lagi. Mana tahu rezeki hang lepas tu Tuhan nak bagi berlipat ganda.


Okay chorr, cukup setakat ni dulu kott noh. Aku pun dah mengantuk ni. Saje tadi bosan-bosan, idea pulak datang berlegar, kita deruih buat entry. Maaf, kalau aku ada tersalah kata yang buat hati hang tersinggung rasa. Sedangkan Nabi ampunkan umatnya, inikan pula kita sesama saudara. Sekian, terima kasih. #4.37am, cioww!