Assalamualaikum! Salam rindu dari aku buat semua. Cerita dia, lama jugak aku tak ziarah blog aku ni. Banyak mende nak kena kasik settle chorr sebelum hujung bulan. Huru hara jugaklah orang kata. Tapi takpaa, tanggungjawab didahulukan kepuasan diutamakan. Entry kali ni mungkin agak panjang sikit. Yang sudi membaca tu, aku doakan semoga korang dapat input nya. Terima kasih belia!
Kisahnya, aku baru lepas duduk bersembang dengan rakan sebaya aku tadi. Agak seronok perbincangan kami sebenarnya. Apa yang kami bualkan? Haa, itu yang aku nak kongsikan sekarang. Tapi sebelum tu, aku nak panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk aku meluah rasa, mencurah idea pada rakan-rakan seperjuangan. Serious sembang ni chorr, aku rindu, aku sayang korang semua.
Topik asalnya adalah berkenaan tentang masa depan kita, kerjaya kita. Apa yang kita inginkan, apa yang kita idamkan. Dimana hala tuju kita, apa perancangan kita, bagaimana cara untuk kita mencapai matlamat dalam hidup kita. Ini semua perkara biasa, soalan yang selalu kita tertanya-tanya pada diri kita. Kadang-kadang bukan semua perkara kita boleh pendam rasa. Ada masa kita perlu luahkan jua! Tidak kira pada siapa, pada keluarga tercinta, pada rakan seperjuangan kita, pada mereka yang lebih dewasa atau pada mereka yang lebih kita percaya. Itu sudah menjadi perkara harus bagi kita, supaya kelak jiwa tidak merana hati tidak meronta. Tapi kita perlu ingat, apa pun permasalahan yang tiba, jangan sesekali kita lupa pada yang Esa. Mengadulah padaNya, merintihlah padaNya, insyaAllah disitu ada jalan nya.
Hahahaha, panjang sudah aku goreng. Ini baru muqadimmah nya. Korang yakin nak baca sampai habis ni? Hehehe, WHACKADUDE!
Setiap insan pasti punya cita-cita, angan-angan dan citarasa. Ada yang sama, ada juga yang berbeza. Dalam kehidupan kita, kita pasti akan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia. Kita suka memerhati orang disekeliling kita dan kemudian kita menilai pergerakan mereka. Begitu jugalah dengan diri kita kan! Sebab dari situ kita memilih siapa rakan kita, bagaimana hubungan persahabatan kita hingga seterusnya. Alhamdulillah, aku berbangga dengan rakan-rakan yang aku ada. Semuanya berwawasan, semuanya pun berjaya. Hampa memang SEMPOI habaq hang!
Hahaha, sekali lagi aku mengarut lebih. Mohon maaf! Sebenarnya aku nak kongsi je idea bagaimana untuk kita mencapai cita-cita. Ini pendapat aku sendiri jelah yang aku rasa sewajarnya kita perlu renung bersama. Hakikatnya, untuk kita berjaya kita haruslah pandai memimpin diri kita. Tak perlu kita nak pening kepala bagaimana pula untuk menjadi pemimpin. Kerana apa? Kerana sifat-sifat pemimpin itu adalah anugerah dari Allah yang semulajadi ada realitinya cuma lagi tinggal kita mencorakkan nya dan aplikasikan dalam hidup kita. InsyaAllah!
Setiap individu juga pasti ada kelebihannya tersendiri. Ada yang pakar dalam bidang perubatan, ada yang pakar dalam bidang pendidikan, muzik, sukan, politik dan sebagainya. Yang pasti nya, semua kelebihan yang mereka ada, mereka gunakan sebaik nya yang mungkin kini menjadi kerjaya utama mereka. So korang kalau korang rasakan korang mampu buat, korang teruskan. Siapa tahu suatu hari nanti, korang pulak bakal menjadi idola buat generasi muda! Kan tu secara tak langsung dah membuktikan korang mampu menjadi pemimpin yang berjaya.
Lekk chorr! hang buat tenang je. Tapi apa pun, aku nasihatkan dan aku berpesan pada diri aku sendiri, jika ada sesuatu kesekatan atau kekangan berlaku, jangan sesekali kita menuding jari pada orang lain. Jangan kita salahkan orang lain. Cubalah belajar untuk menyalahkan diri sendiri kemudian belajar dari kesilapan lampau atau bangkit dan berdiri di atas kaki sendiri. Kejar impian dengan penuh HARAPAN agar dapat pulang dengan penuh KEJAYAAN. Biarlah kita terpaksa berkorban lebih masa, berputih tulang bermandi peluh keseorangan, yang penting hati kena IKHLAS niat kena SUCI. Baru sempoi chorr!
Okay, sekarang aku betul-betul dah melalut panjang. Sebab aku rasa point aku sebenarnya satu apa pun tak masuk-masuk lagi. Jenuh nak susun ayat buat pemanis bicara. Sudahnya, aku hilang dalam pencarian. Hadoii, ini pun sempoi jugak orang kata. Sempoi nak mampuih! Tadi mula kemain semangat nak cerita pasal topik perbualan aku dengan member aku tu, tapinya kelaut pergi dia. Maaflah kalau aku dah buang masa korang. Hehehe =) tak terniat nak buat korang macam tu. Tapi korang nak jadi pemimpin berjaya kan? Haa, pemimpin berjaya dia kena banyak bersabar. So sabar jelah eh! InsyaAllah berkat kesabaran korang tu boleh tempatkan korang dalam golongan hamba yang beriman. Haa, selamatttttttt~ 4.34am!