- Membentuk karisma
- Membentuk visi dan misi yang jelas, yang murni.
- Mempunyai iltizam/komitmen (contohnya, apabila kita hendak bercakap, cakaplah dengan bersungguh-sungguh yang datangnya dari hati yang ikhlas) -barulah orang yakin dengan kita!
- Membentuk hikmah dalam komunikasi (cuba memahami apa yang orang lain kata)
- Ada kepakaran & kemahiran (kemahiran yang unik)
- Berani kerana benar (bukan menjadi YES man sahaja walaupun TAK sepatutnya berkata yes)
- Pentingkan orang lain (pemimpin adalah manusia yang luar biasa dan bukan nya yang mementingkan diri sendiri) - kalau sibuk pentingkan diri sendiri, maka sangat tidak layak untuk jadi seorang pemimpin. Contoh: Nabi Muhammad ketika sedang wafat, baginda sibuk memikirkan umatnya dan tidak mahu umatnya tersiksa dan merana dari bencana.
- Telus, Jujur, Ikhlas
- Pemurah (dalam hidup ini, makin banyak kita memberi, makin banyak yang kita dapat/makin kita bersyukur, makin banyak Allah beri kepada kita)- So, jangan risau, jangan lah berkira!
- Kreatif dan Inisiatif
- Wajib ada rasa kasih dan penyayang terhadap orang yang dipimpin nya. Contoh: sanggup bersusah payah untuk orang bawahan.
- Sikap terbuka dan positif (boleh ditegur)
- Bertanggungjawab.
- Boleh juga menjadi pengikut yang baik (takdehal walaupun dia ikut dari belakang/takdehal dia jadi makmum)
- Tidak berhenti dari belajar sesuatu. "to keep leading you must keep on learning" -pemimpin yang jahil adalah pemimpin yang rasa sudah cukup untuk belajar dan menerima sesuatu baru.
- Bentuk rutin dalam kehidupan (ada masa untuk keluarga/rakan/dsb)
- Tidak banyak merungut (buat mana yang mampu buat, kalau tak mampu mintak tolong orang lain atau berserah pada Allah)
- Kaji dan nilai prestasi diri sendiri.
- Ambil iktibar dari setiap pengalaman (belajar dari pengalaman orang lain)
bukan tunggu terhantuk baru nak elak. - Motivasi kan diri dan orang lain.
- Yakin diri.
- Tidak menggunakan kuasa sewenang-wenang nya.
- Buat kerja yang berat-berat (sanggup menanggung dan memikul tugas yang paling berat). Contoh: kisah nabi- baginda sendiri yang pergi mencari kayu api di padang pasir. Ingat senang ke nak carik kayu api dekat padang pasir tu chorr?
- Menghargai orang lain (berterima kasih itu tanda hati yang bersyukur pada Allah).
- Ceria dan bersemangat (kita kenalah sentiasa ceria sebab kalau kita bersedih sukar untuk orang bawahan ikut kita) -ceria ni tidak semestinya 24jam nak kena senyum je, tapi sebenarnya yang penting kita perlu bersemangat.
- Elak dari bersangka buruk pada orang lain.
- Berterus terang.
- Bersedia untuk kelihatan atau dianggap bodoh. Contoh: Nabi Nuh sendiri pernah dianggap bodoh kerana membina kapal di atas padang pasir, tetapi sebenar nya ada visi dan misi.
- Memohon pada Allah perkara yang terbaik.
- Mengatasi ketakutan.
- Menganal pasti potensi diri sebenar (berdoa kepada Allah dan bertanyakan pada orang lain apa kelebihan kita ada supaya dapat dimantapkan lagi).
- Bertindak (mempunyai perancangan dan tindakan yang hebat).
Jangan jadi seperti orang yang pandai berkata-kata tapi habuk pun takdak. - Tidak gila pangkat (merendah diri) Contoh: Nabi sendiri tidak suka dibezakan-bezakan.
- Kaji sesuatu secara meluas (melangkah satu demi satu) - tertib dan sabar.
- Adil dan saksama (ini tuntutan Allah, walaupun mendapat tekanan dari sekitar tetapi masih tetap adil)
Senarai dekat atas-atas ni sebenarnya adalah antara senarai yang aku masih ingat masa aku mengikuti kursus kepimpinan pemimpin-pemimpin pelajar semenanjung Malaysia dulu tahun 2008 yang penceramah nya disampaikan oleh Dato' Dr. Haji Mohd Fadhilah Kamsah. Mungkin aku ada tokok tambah sikit lah. Tapi apa yang aku kongsi sini, harap dapat membantu dan dijadikan sumber tauladan buat korang semua.