Wednesday, 5 December 2012

Langkah Bijak Untuk Cemerlang

Assalamualaikum chorr! Selamat datang ke blog aku. Hehehe =) Hang rajin nohh mai singgah blog aku ni. Hang memang sempoi. Okay chorr, hari ni entry aku berkenaan bagaimanakah cara-caranya untuk kita menjadi seorang yang cemerlang, seorang yang berwawasan dan kelihatan sentiasa bersemangat. Aku yakin setiap orang pasti mahukan kecemerlangan dalam hidup. Bukan untuk menunjuk-nunjuk betoi dak. Tapi itu adalah tuntutan dalam islam. INGAT! Insan yang cemerlang datangnya daripada akal, dari hati yang tenang dan jiwa yang bersih. Jadi, apakah cara-cara nya, haa mari kita sama-sama saksikan:



Berusaha untuk sentiasa mendapat hidayah dari Allah.
Macam mana nak dapat hidayah dari Allah? Haa, itu perkara mudah. Kalau nak aku huraikan satu persatu, memang panjang cerita dia. Jadi aku cadangkan korang google search je senang. Habis cerita! Lebih senang dan lebih tenang. Apa yang aku boleh kongsi cuma beritahu dekat hang untuk dapat hidayah Allah ni adalah perkara asas kita sebagai khalifah iaitu yang Pertama, doa. Banyakkan lah berdoa kerana itu merupakan senjata umat islam. Kedua, hang rajin-rajinkan diri buat sesuatu perkara berjemaah. Solat berjemaah, makan berjemaah, sukan berjemaah dan banyak lagi jemaah-jemaah. Ketiga, berikan sedikit waktu, sedikit ruang untuk diri hang membaca al-Quran. Paling tidak pun dapat 10 helai setiap hari orang kata dah sempoi. Keempat, ringankan mulut dengan memberi salam. Haa, mudah gilakan. So, apa lagi mahu tunggu, praktikanlah okay. 


Sentiasa berlapang dada.
Orang cemerlang adalah orang yang sentiasa bersedia untuk ditegur atau mintak dirinya ditegur. Perghh, ini betoi-betoi sempoi habaq hang. Kita hidup di mukabumi ni hanya sementara je kan. Jadi janganlah kita menyombong diri sangat. Sebab apa? Sebab lama-lama nanti kalau kita selalu menyombong diri ni, takut takut nanti kita benak hati. Haduhh, mintak selisih malaikat 44 chorr. Apa salahnya kalau kita meminta nasihat dari orang lain kan. Bukan susah nau pun. Tuudia tuudia, aku sembang nak kemeh je. Tapi takpaa, untuk pengajaran bersama. Okay, sebagai contoh. Kalau hang ada terjumpa ke ada berjumpa ke dengan orang yang lebih pakar, yang lebih hebat, rebut peluang untuk mintak nasihat dari depa. Mintak pandangan dan tunjuk ajar. Mustahil lah depa ni lokek ilmu. Atau paling kurang pun, hang jumpa depa hang mintak depa doakan kejayaan hang. Haa, sempoi kan! Itulah aku dah kata. Hang buat tenang je. Tapi kalau hang kena tegoq, kena marah, hang jangan nak melenting pulak. Apa yang hang dok buat kaluit sangat tu ceq. Sabar eh sabar. Hehehe =)


Program kan minda setiap hari. 
Bagaimana yang dikatakan dengan program minda kita? Caranya mudah! Apa yang hang perlu buat adalah dengan memasukkan dalam kepala dan minda hang sesuatu yang dikatakan bayang-bayangan. Makna lain, imaginasi. Siapa kata kalau time nak seronok je baru boleh imaginasi? Bila-bila pun boleh lah chorr. Hang jangan kecik kan skop imaginasi hang pada perkara tu je. Hehehe =) Okay, sebab apa pulak kita perlu program minda kita dengan bayang-bayangan? Sebab kata ulama, kalau kita dapat bayangkan apa yang kita idamkan, apa yang kita pohon, dan sesuatu bayangan itu dapat dilihat dengan jelas, maka bayangan itu dengan izin Allah, akan berhasil. Atas asbab izin Allah, bayangan yang jelas dalam kepala kita itu 10 kali ganda lebih berpengaruh dari azam yang kita tulis atas kertas. Jadi, benarlah kata Nabi, Allah bertindak atas seperti mana yang kita pohon, yang dibayangkan oleh hambaNya. Bayangan dalam minda ni sebenarnya doa yang amat mustajab untuk merangsang diri jadi cemerlang.


Sentiasa maafkan orang.
Rahsia besar yang perlu hang tahu adalah kecemerlangan sebenarnya berpaksi pada hati yang bersih, telus dan tulus. Tahu dak, bila hang memaafkan orang lain, pintu syurga akan terbuka untuk hang. Ini SEBENAR! Aku dah buat research pasai ni dah. Ini kata Nabi kita. Kedua nya, bila kita memaafkan orang, hati kita akan bersih. Bukan kita yang cucilah, Allah yang cucikan hati kita tuhh. Ketiga, kalau kita dapat memaafkan orang, fikiran kita akan berasa tenang, insyaAllah. Keempat, bila kita memaafkan orang dengan bersungguh-sungguh, penyakit kita pasti akan satu persatu sembuh. Sebab apa pulak macam tu? Sebabnya bila kita memaafkan orang, hati kita akan bersih. Bila hati bersih, penyakit kita akan sembuh. Ini pun aku dah buat research. Hang percayalah kata aku ni. 


Cari keberkatan.
Bayangkan lah, macam mana hang nak cemerlang kalau takde keberkatan. Tu pasai time hang nak ambik SPM dulu, hang ada satu sesi hang kena beratoq panjang, salam semua cikgu cikgu hang. Haa, hang ingat dak perkara tu hang pernah buat dulu dekat dewan sekolah. Hehehe =) Berkat daripada bonda dan ayahanda tercinta, takpayah nak dok pertikaikan lah, itu paling utama. Bagi aku, berkat ni mungkin boleh dibahagikan kepada dua perkara iaitu pertamanya berkat rezeki, dan keduanya berkat ilmu.  


Sentiasa fikir luar dari kotak pemikiran.
Tuudia tuudia, had jenih apa yang dok main main dekat luaq kotak tuhh. Hahaha. Maksud aku, hang cuba tampil dengan idea idea yang bernas, yang unik, yang kreatif. Fuhh, ini kalau hang dapat buat lagu ni, hang memang paling sempoi. Mende mudah sangat chorr! Nak dapat idea yang banyak, hang kenalah banyak berjumpa dengan bermacam orang. Jangan hang nak dudok ditakuk yang sama ja. Pii keluaq sana tuhh, teroka dunia luaq. Buat-buat dok berbincang, banyakkan musyawarah, baru boleh dikatakan Mahasiswa Berinspirasi Pencetus Revolusi. 


Sentiasa tawakal pada Allah.
Ini pun perkara asas yang patutnya hang dah tahu. Hang kalau nak berjaya, nak jadi cemerlang, awai awai lagi tadi aku dah habaq, hang jangan jadi bodoh sombong. Hang kalau lepas dah berusaha untuk capai sesuatu perkara yang hang dah lakukan, hang kena rajin berdoa. Ingat nohh, doa je satu-satunya senjata yang kita ada sebagai umat islam. Lepas hang dah buat yang terbaik, yang termampu pada diri hang, hang kena berserah, bertawakal padaNya. InsyaAllah berhasil, berjaya. Tapi kalau masih belum termakbul, hang jangan pulak putuih asa, hang kena rajin mencuba lagi. Mana tahu rezeki hang lepas tu Tuhan nak bagi berlipat ganda.


Okay chorr, cukup setakat ni dulu kott noh. Aku pun dah mengantuk ni. Saje tadi bosan-bosan, idea pulak datang berlegar, kita deruih buat entry. Maaf, kalau aku ada tersalah kata yang buat hati hang tersinggung rasa. Sedangkan Nabi ampunkan umatnya, inikan pula kita sesama saudara. Sekian, terima kasih. #4.37am, cioww!

Tuesday, 4 December 2012

Cara Untuk Menjadikan Diri Dibenci Syaitan

Atas sebab-sebab aku masih belum boleh nak tidur, belum rasa mengantok, maka aku berbesar hati untuk tambah satu lagi entry buat kita sama-sama amalkan kalau boleh, insyaAllah. Berikut adalah senarai 20 orang atau hamba Allah yang sangat dibenci oleh syaitan di atas muka bumi. Lepas korang dah baca ni, mohon korang rasa macam nak berebut untuk turut sama tersenarai dalam kategori yang ada. Hehehe =)

1- Nabi Muhammad.
2- Orang alim yang beramal (jom kita amalkan ilmu kita) 
# orang yg berilmu tetapi tidak beramal, akan dicampak masuk ke dalam neraka lebih awal dari penyembah berhala kata Nabi. Haa, takut kan?
3- Membaca quran dan mengamalkan quran (kalau syaitan benci pasti Allah suka) atau
4- Azan kerana Allah, bukan nak show off.
# sebab ada cerita, orang ni saje nak pergi surau nak laungkan azan sebab nak tambat hati bapak mentua.
5- Kasih dan sayang kepada orang yg miskin & anak yatim.
6- Orang yang penyayang.
7- Tunduk pada kebenaran.
8- Orang muda yang taat pada perintah Allah.
9- Memakan makanan yang halal.
10- Dua pemuda yang berkasih sayang kerana Allah.
# haa, yang ni yang Nabi selalu dok sebut. Yg macam ni jugak aku mahukan. Hehehe =)
11- Solat jemaah.
12- Solat qiamulai.
13- Jaga diri daripada yang haram.
14- Nasihat menasihati saudara kita dengan hati yang ikhlas.
15- Sentiasa berwuduk.
16- Bermurah hati.
17- Berakhlah mulia.
18- Yakin dengan ketentuan dan rezeki dari Allah.
19- Berbuat baik kepada mereka yang bergelar janda dengan ikhlas apabila menolong mereka.
# ini pun mungkin aku nak cuba jugaklah nanti kalau diberi kesempatan.
20- Ingat mati dan bersedia untuk mati.
# ingat mati tu dah sempoi, cantik. tapi part yang bersedia untuk mati tu lagi sempoi, lagi cantik.

Renung-renungkan dan selamat beramal =)

Langkah Bijak Pemimpin Terbilang

Assalamualaikum wahai belia belia ku sekalian! Okay, entry yang aku nak kongsi ni sebenarnya ada kene mengene sikit aku rasa dengan entry lepas mengenai topik yang aku bincangkan dengan member aku tuhh. Yang tersurat nya aku dah beritahu, tetapi yang tersirat nya adalah tentang kepimpinan dalam diri kita. Untuk jadi pemimpin yang hebat, kita perlu ikut rencah dan cara-cara nya. Walau bagaimanapun, kita semua adalah pemimpin. Bukan mudah untuk jadi pemimpin chorr. Jadi benar orang kata, "kalau imam buat silap, makmum turut akan terjejas". Bak kata orang cina pula, "ikan yang busuk datang nya dari kepala". So, ambil masa sikit dan fikirkan apa aku kata. Bawah ni aku ada beberapa senarai yang mungkin boleh diterima dek akai untuk kita sama-sama membentuk diri menjadi pemimpin yang HEBAT, insyaAllah.


  • Membentuk karisma
  • Membentuk visi dan misi yang jelas, yang murni.
  • Mempunyai iltizam/komitmen (contohnya, apabila kita hendak bercakap, cakaplah dengan bersungguh-sungguh yang datangnya dari hati yang ikhlas) -barulah orang yakin dengan kita!
  • Membentuk hikmah dalam komunikasi (cuba memahami apa yang orang lain kata)
  • Ada kepakaran & kemahiran (kemahiran yang unik)
  • Berani kerana benar (bukan menjadi YES man sahaja walaupun TAK sepatutnya berkata yes)
  • Pentingkan orang lain (pemimpin adalah manusia yang luar biasa dan bukan nya yang mementingkan diri sendiri) - kalau sibuk pentingkan diri sendiri, maka sangat tidak layak untuk jadi seorang pemimpin. Contoh: Nabi Muhammad ketika sedang wafat, baginda sibuk memikirkan umatnya dan tidak mahu umatnya tersiksa dan merana dari bencana.
  • Telus, Jujur, Ikhlas
  • Pemurah (dalam hidup ini, makin banyak kita memberi, makin banyak yang kita dapat/makin kita bersyukur, makin banyak Allah beri kepada kita)- So, jangan risau, jangan lah berkira!
  • Kreatif dan Inisiatif
  • Wajib ada rasa kasih dan penyayang terhadap orang yang dipimpin nya. Contoh: sanggup bersusah payah untuk orang bawahan.
  • Sikap terbuka dan positif (boleh ditegur)
  • Bertanggungjawab.
  • Boleh juga menjadi pengikut yang baik (takdehal walaupun dia ikut dari belakang/takdehal dia jadi makmum)
  • Tidak berhenti dari belajar sesuatu. "to keep leading you must keep on learning" -pemimpin yang jahil adalah pemimpin yang rasa sudah cukup untuk belajar dan menerima sesuatu baru.
  • Bentuk rutin dalam kehidupan (ada masa untuk keluarga/rakan/dsb)
  • Tidak banyak merungut (buat mana yang mampu buat, kalau tak mampu mintak tolong orang lain atau berserah pada Allah)
  • Kaji dan nilai prestasi diri sendiri.
  • Ambil iktibar dari setiap pengalaman (belajar dari pengalaman orang lain) bukan tunggu terhantuk baru nak elak.
  • Motivasi kan diri dan orang lain.
  • Yakin diri.
  • Tidak menggunakan kuasa sewenang-wenang nya.
  • Buat kerja yang berat-berat (sanggup menanggung dan memikul tugas yang paling berat). Contoh: kisah nabi- baginda sendiri yang pergi mencari kayu api di padang pasir. Ingat senang ke nak carik kayu api dekat padang pasir tu chorr?
  • Menghargai orang lain (berterima kasih itu tanda hati yang bersyukur pada Allah).
  • Ceria dan bersemangat (kita kenalah sentiasa ceria sebab kalau kita bersedih sukar untuk orang bawahan ikut kita) -ceria ni tidak semestinya 24jam nak kena senyum je, tapi sebenarnya yang penting kita perlu bersemangat.
  • Elak dari bersangka buruk pada orang lain.
  • Berterus terang.
  • Bersedia untuk kelihatan atau dianggap bodoh. Contoh: Nabi Nuh sendiri pernah dianggap bodoh kerana membina kapal di atas padang pasir, tetapi sebenar nya ada visi dan misi.
  • Memohon pada Allah perkara yang terbaik.
  • Mengatasi ketakutan.
  • Menganal pasti potensi diri sebenar (berdoa kepada Allah dan bertanyakan pada orang lain apa kelebihan kita ada supaya dapat dimantapkan lagi).
  • Bertindak (mempunyai perancangan dan tindakan yang hebat). Jangan jadi seperti orang yang pandai berkata-kata tapi habuk pun takdak.
  • Tidak gila pangkat (merendah diri) Contoh: Nabi sendiri tidak suka dibezakan-bezakan.
  • Kaji sesuatu secara meluas (melangkah satu demi satu) - tertib dan sabar.
  • Adil dan saksama (ini tuntutan Allah, walaupun mendapat tekanan dari sekitar tetapi masih tetap adil)

Senarai dekat atas-atas ni sebenarnya adalah antara senarai yang aku masih ingat masa aku mengikuti kursus kepimpinan pemimpin-pemimpin pelajar semenanjung Malaysia dulu tahun 2008 yang penceramah nya disampaikan oleh Dato' Dr. Haji Mohd Fadhilah Kamsah. Mungkin aku ada tokok tambah sikit lah. Tapi apa yang aku kongsi sini, harap dapat membantu dan dijadikan sumber tauladan buat korang semua.

Sunday, 2 December 2012

Good Leader

Assalamualaikum! Salam rindu dari aku buat semua. Cerita dia, lama jugak aku tak ziarah blog aku ni. Banyak mende nak kena kasik settle chorr sebelum hujung bulan. Huru hara jugaklah orang kata. Tapi takpaa, tanggungjawab didahulukan kepuasan diutamakan. Entry kali ni mungkin agak panjang sikit. Yang sudi membaca tu, aku doakan semoga korang dapat input nya. Terima kasih belia!

Kisahnya, aku baru lepas duduk bersembang dengan rakan sebaya aku tadi. Agak seronok perbincangan kami sebenarnya. Apa yang kami bualkan? Haa, itu yang aku nak kongsikan sekarang. Tapi sebelum tu, aku nak panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk aku meluah rasa, mencurah idea pada rakan-rakan seperjuangan. Serious sembang ni chorr, aku rindu, aku sayang korang semua.

Topik asalnya adalah berkenaan tentang masa depan kita, kerjaya kita. Apa yang kita inginkan, apa yang kita idamkan. Dimana hala tuju kita, apa perancangan kita, bagaimana cara untuk kita mencapai matlamat dalam hidup kita. Ini semua perkara biasa, soalan yang selalu kita tertanya-tanya pada diri kita. Kadang-kadang bukan semua perkara kita boleh pendam rasa. Ada masa kita perlu luahkan jua! Tidak kira pada siapa, pada keluarga tercinta, pada rakan seperjuangan kita, pada mereka yang lebih dewasa atau pada mereka yang lebih kita percaya. Itu sudah menjadi perkara harus bagi kita, supaya kelak jiwa tidak merana hati tidak meronta. Tapi kita perlu ingat, apa pun permasalahan yang tiba, jangan sesekali kita lupa pada yang Esa. Mengadulah padaNya, merintihlah padaNya, insyaAllah disitu ada jalan nya.

Hahahaha, panjang sudah aku goreng. Ini baru muqadimmah nya. Korang yakin nak baca sampai habis ni? Hehehe, WHACKADUDE!

Setiap insan pasti punya cita-cita, angan-angan dan citarasa. Ada yang sama, ada juga yang berbeza. Dalam kehidupan kita, kita pasti akan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia. Kita suka memerhati orang disekeliling kita dan kemudian kita menilai pergerakan mereka. Begitu jugalah dengan diri kita kan! Sebab dari situ kita memilih siapa rakan kita, bagaimana hubungan persahabatan kita hingga seterusnya. Alhamdulillah, aku berbangga dengan rakan-rakan yang aku ada. Semuanya berwawasan, semuanya pun berjaya. Hampa memang SEMPOI habaq hang!

Hahaha, sekali lagi aku mengarut lebih. Mohon maaf! Sebenarnya aku nak kongsi je idea bagaimana untuk kita mencapai cita-cita. Ini pendapat aku sendiri jelah yang aku rasa sewajarnya kita perlu renung bersama. Hakikatnya, untuk kita berjaya kita haruslah pandai memimpin diri kita. Tak perlu kita nak pening kepala bagaimana pula untuk menjadi pemimpin. Kerana apa? Kerana sifat-sifat pemimpin itu adalah anugerah dari Allah yang semulajadi ada realitinya cuma lagi tinggal kita mencorakkan nya dan aplikasikan dalam hidup kita. InsyaAllah!

Setiap individu juga pasti ada kelebihannya tersendiri. Ada yang pakar dalam bidang perubatan, ada yang pakar dalam bidang pendidikan, muzik, sukan, politik dan sebagainya. Yang pasti nya, semua kelebihan yang mereka ada, mereka gunakan sebaik nya yang mungkin kini menjadi kerjaya utama mereka. So korang kalau korang rasakan korang mampu buat, korang teruskan. Siapa tahu suatu hari nanti, korang pulak bakal menjadi idola buat generasi muda! Kan tu secara tak langsung dah membuktikan korang mampu menjadi pemimpin yang berjaya.

Lekk chorr! hang buat tenang je. Tapi apa pun, aku nasihatkan dan aku berpesan pada diri aku sendiri, jika ada sesuatu kesekatan atau kekangan berlaku, jangan sesekali kita menuding jari pada orang lain. Jangan kita salahkan orang lain. Cubalah belajar untuk menyalahkan diri sendiri kemudian belajar dari kesilapan lampau atau bangkit dan berdiri di atas kaki sendiri. Kejar impian dengan penuh HARAPAN agar dapat pulang dengan penuh KEJAYAAN. Biarlah kita terpaksa berkorban lebih masa, berputih tulang bermandi peluh keseorangan, yang penting hati kena IKHLAS niat kena SUCI. Baru sempoi chorr!

Okay, sekarang aku betul-betul dah melalut panjang. Sebab aku rasa point aku sebenarnya satu apa pun tak masuk-masuk lagi. Jenuh nak susun ayat buat pemanis bicara. Sudahnya, aku hilang dalam pencarian. Hadoii, ini pun sempoi jugak orang kata. Sempoi nak mampuih! Tadi mula kemain semangat nak cerita pasal topik perbualan aku dengan member aku tu, tapinya kelaut pergi dia. Maaflah kalau aku dah buang masa korang. Hehehe =) tak terniat nak buat korang macam tu. Tapi korang nak jadi pemimpin berjaya kan? Haa, pemimpin berjaya dia kena banyak bersabar. So sabar jelah eh! InsyaAllah berkat kesabaran korang tu boleh tempatkan korang dalam golongan hamba yang beriman. Haa, selamatttttttt~ 4.34am!